Liow -Dego Ride Melanggar  Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat


Oleh rmf

Image result for Dego ride  Tiong Lai

Berbanding aplikasi ‘e-hailing’ menggunakan kenderaan empat roda seperti Uber dan Grab dilihat tiada masalah terhadap pihak berkuasa berkaitan, perkhidmatan seumpanya tetapi menggunakan motosikal digelar ‘Dego Ride’ nampaknya tidak mendapat nasib yang sama.

Setakat ini difahamkan  bahawa  Kementerian Pengangkutan  tidak pernah mengeluarkan sebarang permit ataupun lesen untuk penunggang motosikal membawa penumpang awam di negara ini dan ia adalah haram di negara ini kerana ianya melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak ada lesen atau permit untuk teksi motosikal kalau ada ia adalah haram di negara .Perkhidmatan tersebut telah wujud sejak tiga bulan lalu di ibu negara dengan menggunakan aplikasi dalam talian.

Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya juga tidak akan memberikan lesen operasi kepada pengendali perkhidmatan tersebut buat masa ini dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih lagi beroperasi.

“Kita ada kuasa untuk mengawal perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan yang terletak di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Kesalahan ini jelas kerana penunggang tidak boleh membawa orang awam dan mengutip bayaran. Jika ada unsur bayaran, ia adalah satu kesalahan di bawah JPJ,”katanya ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, di sini hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan operasi menyamar untuk menangkap mereka yang menawarkan perkhidmatan Dego Ride. Statistik menunjukkan bahawa penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus daripada kemalangan maut tahun lepas.

Dego Ride melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 16 dan 47 (SPAD) Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pengendali boleh didakwa di mahkamah

Tindakan mengambil penumpang dengan menggunakan  motosikal ianya akan mengwujudkan risiko yang tinggi dikalangan penumpang.

 Sebelum ini, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron dilaporkan berkata Dego Ride menimbulkan kontroversi kerana tidak mempunyai permit sah, namun boleh terus beroperasi sekiranya mendapat kebenaran SPAD.

Mengulas lanjut, Liow berkata sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menawarkan perkhidmatan itu.

“Kita faham ada orang awam yang menggunakannya kerana masalah kesesakan lalu lintas, namun ketika ini kita sedang meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT untuk kesenangan semua,” katanya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada pengendali motosikal perkhidmatan teksi Dego Ride tidak mencabar undang-undang negara ini.

.Pada masa  yang sama , Liow berkata MOT itu merancang untuk memperkenalkan teksi mini yang terdiri daripada kereta dengan 1000 c.c atau lebih rendah untuk menghantar penumpang dari stesen kereta api ke rumah mereka.

“Saya menggesa penduduk setempat untuk membentuk cara mereka sendiri pengangkutan. Mereka perlu mendaftar dengan SPAD.

“Kementerian sedang mempromosikan pengangkutan ke akhir untuk menambah baik pengangkutan awam kita,” katanya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Liow -Dego Ride Melanggar  Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s