Transformasi MCA Terus Mengukuhkan Setiakawan Bersama BN Dalam Misi Yang Sama


Oleh rmf

Related image

MCA telah melakukan transformasi dalaman sebagai langkah yang tepat pada masanya bagi membolehkan parti berkenaan terus relevan dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Cina.

Langkah transformasi dalaman yang dilakukan oleh MCA itu telah disertakan bersama pelan penyertaan MCA dalam penggubalan rangka kerja bagi memperkukuhkan masa depan komuniti Cina di negara ini.

Ini bermaksud setiap anggota parti juga seharusnya mengambil kira perkembangan semasa dalam kepimpinan parti dan bersama-sama merealisasikan hala tuju masa depan parti yang mampu memberi manfaat kepada anggotanya, rakyat dan negara.

Bermula dengan perubahan dalaman, MCA  telah melihat segala kekuatan yang sedia ada serta berani melihat segala kelemahan yang masih membelenggu parti itu selama ini, Kini anggota MCA telah sedar jalan jalan perjuangan untuk rakyat yang seharusnya dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Sehingga hari ini, MCA telah bersungguh sungguh melaksanakan transformasi  yang dibuat dan  sokongan rakyat kaum Cina mula mendapat tempat. MCA bersungguh-sungguh didalam setiap agenda yang dilakukan  dan berkait rapat dengan setiap akar umbi.

Timbal balas yang diterima dikalangan rakyat  rata ratanya terus akan memberikan sokongan kepada MCA  dan amat bersetuju dengan perubahan cara didalam MCA. Sekali gus ini menandakan kebangkitan semula MCA setelah gagal pada PRU yang  ke 13 lalu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee ka Siong  selari dengan azam yang diutarakan oleh  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mana  akan terus berusaha untuk mendapatkan kembali kerusi  yang hilang pada PRU yang lalu.

Tekad dan semangat kedua kepimpinan MCA ini menunjukkan bahawa MCA  telah bersedia untuk berhadapan dengan pihak pembangkang dalam PRU 14 akan datang.

Namun pada masa yang sama Datuk Wee terus mengingatkan anggota parti agar terus melakukan angina perubahan dan terus berkhidmat untuk masyarakat  dalam mengenal pasti isu semasa  dan luahan permasalahan yang diajukan oleh rakyat.

Peringatan dan saranan oleh kepimpinan tertinggi MCA terus dilakukan agar anggota MCA yang lain tidak lali dalam usaha mencapai sasaran  pada PRU14 akan datang.

MCA perlu menunjukkan semangat baharu dan sedia berubah untuk terus kekal relevan kerana bagi masa depan MCA, anggota parti itu perlu bersedia untuk bangkit, bangun bersama dan bekerjasama untuk lebih komited bagi menghidupkan semula MCA demi kebaikan parti itu sendiri, Barisan Nasional dan Negara

Setiakawan yang terjalin diantara UMNO dan MCA dibawah satau payung Barisan Nasional tidak dapat dinafikan lagi. Kesetiaan yang telah wujud sekian lamanya. hubungan di antara kepimpinan orang Melayu dan orang Cina terjalin sejak zaman Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) dan Tun Razak (Hussein) yang menampakkan kerjasama itu berjaya sehingga hari ini

Mengulas satu barisan kata kata   Perdana Menteri , Perdana menteri menegaskan bahawa MCA adalah rakan penting dalam BN dan parti itu mesti kekal sebagai suara dan hati nurani masyarakat Cina di negara ini.

“Inilah harapan saya bahawa apabila kita bersemangat, dengan tema Teguh Bersama, kita akan menepati janji, dan berkhidmat. Saya mengharapkan MCA, sebanyak mana MCA mengharapkan saya dan BN.

“Kita akan membuktikan kepada rakyat bahawa BN masih pilihan terbaik untuk Malaysia. Saya juga ingin melihat MCA menjadi parti lebih kuat dan rakan kongsi BN yang berjaya,” katanya.

.

Advertisements
Image | This entry was posted in Transformasi MCA Terus Mengukuhkan Setiakawan Bersama BN Dalam Misi Yang Sama and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s