SPAD Terima Penghargaan Perkhidmatan Dari Perdana Menteri.


Oleh rmf

Image result for SPAD Najib

Pengorbanan anggota keselamatan dan agensi kerajaan yang bertugas sewaktu musim perayaan seharusnya dihargai. Mereka ini sanggup  tidak bercuti semata mata menjalankan tugas yang diamanahkan  kepada mereka.

Semasa orang lain bergembira mereka bersengkang mata dan berpanas menjalankan tugasan untuk meastikan keselamatan  pengguna jalanraya selamat  serta mematuhi undang undang  ketika dalam perjalanan.

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Dato Sri Najib Perdana Menteri Malaysia baru baru ini telah merakamkan satu penghargaan yang tidak terhingga  kepada   Kementerian Pengangkutan Malaysia serta Suruhanjaya  Pengangkutan Awam Darat yang mana  begitu cemerlang menjalankan tugas sewaktu musim perayaan.

“Selain itu, penghargaan juga harus diberi kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelak tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa,” katanya lagi.

Penghargaan ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa setiap langkah langkah yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pernagiangkutan Awam Darat ( SPAD)  adalah diiktiraf keberkesanannya  demi memastikan keselamatan pengguna jalanraya  sentiasa  berada ditahap yang  terbaik.

SPAD memainkan peranan penting bagi menjamin keselamatan pengguna untuk pulang bercuti di hari raya..pada ketika musim perayaan, anggota SPAD dengan kerjasama JPJ dan PDRM akan membuat pemantauan melalui ops yang mereka sertai.

Sebagaimana kita sedia amklum bahawa dimusim perayaan dan  cuti persekolahan atau cuti peristiwa , pada kebanyakan rakyat akan  mengambil peluang untuk bercuti  dan balik ke kampong halaman.

Dimasa ini kadar permintaan yang  tinggi untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama. Disamping itu  SPAD  terus memainkan peranan mereka memastikan pengguna pengangkutan awam darat tidak terpedaya dengan gejala  penipuan yang di lakukan oleh i ulat tiket.

Penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa dengan begitu tegas dan mengenakan hukuman yang diperuntukkan . Tindakan operasi yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam dan menegakkan undang-undang pengangkutan awam.

Justeru itu. Masyarakat yang maju akan sentiasa berlumba-lumba me­lakukan kebaikan pada setiap masa termasuklah ber­tingkah laku secara berhemah di jalan raya. Tingkah laku sebegini memberi kebaikan  kepada semua pihak dan SPAD serta agensi yang laian akan terus melakukan pemantauan kepada semua pengguna di jalan raya. –

Dengan ucapan penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri Malaysia kepada SPAD, Ini merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga diatas segala usaha yang dijalankan untuk memastikan system pengangkutan awam darat mencapai standard yang ditetapkan.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD Terima Penghargaan Perkhidmatan Dari Perdana Menteri. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s