MCA Terus Pertingkatkan Keyakinan dan Sokongan  Pengundi Untuk PRU14


Oleh rmf

Related image

Sejak transformasi MCA dilancarkan , banyak  perubahan dilakukan dikesemua peringkat cawangan dan pemimpin pusat MCA. Segalanya telah dilakukan perubahan untuk  terus memberikan khidmat  kepada rakyat yang telah memberikan amanh kepada mereka.

Masyarakat Cina semakin hari terus mempercayai  dan menyokong kepimpinan MCA yang  mana terus memberikan perkhidmatan terbaik terhadap rakyat.  Jentera jentera parti terus  berkerja keras untuk menyelami permasalahan rakyat terutama masyarakat  kaum Cina dalam Negara ini.

Sejak  diterajui oleh Dato Sri Liow Tiong Lai, MCA terus berada dipersada politik tanah air dengan semangat setiakawan yang telah terjalin sekian lamanya. Kesetiaan terhadap barisan  nasional tidak dapat dinafikan lagi. Kerjasama erat diantara pemimpin terus diperkukuhkan.

Namun disebali8k mengukuhkan ikatan setiakawan itu, masih ada lagi  cerita cerita yang tidak enak didengari untuk merenggangkan hubungan politik Barisana Nasional dengan komponen yang lain oleh pihak pembangkang.

Selepas kehilangan kerusi pilihanraya pada PRU yang lalu. MCA  dilihat telah berusaha untuk memulihkan keyakinan pengundi sejak awal lagi dengan melakukan kepelbagaian  usaha dalam mempertingkatkan  memberikan perkhidmatan kepada masyarakat kaum Cina.

Peningkatan sokongan dan kepercayaan yang ditunjukkan oleh pengundi  terhadap kepimpinan MCA jelas terserlah dan pada kebanyakannya dilihat amat senang hari dan mesra apabila bertemu dengan pemimpin MCA.

MCA telah menangani banyak permasalahan rakyat yang dipinggirkan oleh  parti pembangkang yang mana setiap janji janji pilihanraya  yang diucapkan tidak pernah tertunai. MCA terus memberikan khidmat mereka tanpa mengira kaum  dalam Negara ini.

MCA membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan menyenaraikan lebih awal calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, parti itu mengambil pendekatan berbeza kali ini sebagai langkah meraih kembali sokongan masyarakat Cina di negara ini.

Beliau berkata, senarai awal calon itu akan diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak untuk perbincangan lanjut.

“Kita perlu bergerak lebih awal, lebih cepat dan bersiap sedia di peringkat akar umbi.

“Dulu kita umum terlewat dan dekat dengan tarikh PRU, jadi tidak ada masa untuk akar umbi iaitu pemimpin peringkat bahagian untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat  Jawatankuasa Pusat ke-14 MCA, di Kuala Lumpur.

MCA juga katanya telah mula melaksanakan Sistem Penunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menyiapkan jentera partinya di peringkat bahagian.

“Kita telah menetapkan KPI di setiap bahagian supaya apabila mereka buat sesuatu mereka akan mendapat markah. Setiap bahagian akan ada sistem pemarkahan tertentu sama ada mendapat 20, 30 atau 60 markah supaya kita tahu persediaan di bahagian mana yang sudah bersiap sedia,” katanya lagi.

Pilihan raya umum ke-13 yang lalu menyaksikan MCA kalah teruk, apabila parti itu kalah di 30 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingnya, manakala daripada 89 kerusi DUN yang dipertaruhkan, MCA hanya menang 11 kerusi.

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Terus Pertingkatkan Keyakinan dan Sokongan  Pengundi Untuk PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s