Wee Ka Siong Bidas Pembohongan Mahathir Dalam  Isu Jawatan  Timbalan Perdana Menteri


Oleh rmf

Image result for Wee Ka Siong

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu pada minggu lalu mendakwa MCA pernah meminta jawatan tersebut selepas beliau mengaku tersilap cakap bahawa DAP mahukan kerusi TPM jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Baru-baru ini didedahkan bahawa DAP meminta minta jawatan TPM dan Menteri Kewangan, bila orang Melayu dah naik marah, Mahathir terus membelitkan  kata MCA pula yang pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Barisan Nasional.

Pada kali ini melalui Dato Sri Wee Ka Siong,  MCA juga menafikan. MCA pada ketika ini berada didalam pentadbiran Negara  sedang menjawat  tiga jawatan menteri dan terus membantu kerajaan untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada Kerajaan.

Harus di ingatkan  kepada Mahathir agar  jangan banyak sangat U-turn, Sekarang sikap u turn itu  telah lama diparktikkan dizaman 22 tahun pemerintahannya. Sekarang sudah berada bersama pembangkang  pun masih mahu U-Turn lagi.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kemudiannya menyanggah tuduhan Dr Mahathir dengan menimbulkan persoalan, bagaimana parti itu tergamak meminta jawatan TPM selepas prestasi mereka jatuh merudum pada PRU13?

Kenyataan balas oleh Wee Ka Siong terhadap fitnah yang dibuat oleh Mahathir.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyanggah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa partinya pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Bercakap kepada Antarapos, beliau berkata hasrat untuk jawatan itu timbul dikalangan ahli-ahli parti, dengan menegaskan ia bukan suara rasmi MCA apatah lagi isu itu tidak pernah dibincangkan secara terperinci.

Berbeza dengan DAP, Wee berkata hasrat untuk memohon jawatan timbalan perdana menteri itu diajukan sendiri oleh Lim Kit Siang, yang merupakan kepimpinan tertinggi parti itu kepada Dr Mahathir.

“Beliau (Dr Mahathir) sendiri yang kata Kit Siang minta. Itu yang minta. Mana ada pemimpin MCA, seperti Presiden atau pucuk pimpinan parti kata kita hendak jawatan itu secara tuntutan rasmi. Tidak ada.

“Kalau sebut-sebut di perhimpunan ‘jika boleh kita mahu jawatan itu (TPM)’, itu lain. Suara-suara itu biasalah di perhimpunan sana, sini. Contohnya mahu jawatan Menteri Pengangkutan dipulangkan. Itu biasa ada cakap,” jelasnya kepada Antarapos.

Kelmarin, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa, MCA yang memohon jawatan timbalan perdana menteri selepas pada mulanya mendedahkan DAP yang membuat permintaan itu.

‘Membetulkan’ kesilapan dakwaan itu di blognya, Mahathir menjelaskan permintaan itu dibuat oleh Timbalan Setiausaha Agung MCA Datuk Loke Yuen Yow yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pada tahun 2009.

Mahathir turut melampirkan laporan di laman web Jabatan Penerangan Malaysia yang telah mengenengahkan permintaan Loke kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Menepis dakwaan bekas perdana menteri itu, Wee juga menegaskan adalah mustahil untuk MCA meminta jawatan tersebut sebagaimana didakwa Mahathir, dikala parti itu lemah pada tahun 2008 dan 2009.

“Pada 2008, MCA daripada 31 kerusi jatuh menjunam kepada 15 kerusi sahaja.

“Takkan ketika waktu itu kita minta (jawatan),” katanya sambil menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai ‘tidak masuk akal’,” katanya sinis.

Wee yang menyifatkan Dr Mahathir sebagai ‘kaki pusing’ kerana tersasul ketika mendedahkan hasrat DAP itu, namun terpaksa membetulkan kenyataannya selepas bekas seteru politiknya itu dilihat ‘kurang senang’.

“Beliau kaki pusing. Sebab itu saya kata, mula-mula beliau (Dr Mahathir) kata Kit Siang yang minta jawatan TPM itu. Kemudian Kit Siang cari beliau, kemudian pusing kata bukan (DAP).

“DAP selalu ejek MCA kenapa tak minta jawatan tertinggi? Itukah cadangan daripada DAP? Sudah berpuluh tahun mereka ejek MCA,” ujarnya lagi.

Semalam, Pengerusi Biro Keharmonian Agama, MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyifatkan dakwaan Dr Mahathir itu sebagai mainan politik dalam cubaan meraih sokongan kepada pembangkang.

Menjelaskan hal sebenar, beliau berkata partinya hanya menyampaikan hasrat masyarakat Cina dalam tujuan mencari penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.

Sementara itu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menggesa rakyat untuk tidak terus ‘melayan’ strategi politik negatif Dr Mahathir bersama pembangkang.

“Sekarang apa yang beliau cakap pun beliau tak tahu. Tak perlu peduli apa yang Dr Mahathir cakap sebab beliau sekarang pun sudah ‘blur’,” ujarnya.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Wee Ka Siong Bidas Pembohongan Mahathir Dalam  Isu Jawatan  Timbalan Perdana Menteri and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s