SPAD Sertai Operasi TBC 2017 Sempena Tahun Baru Cina


Oleh rmf

Image result for Operasi SPAD

Keselamatan jalanraya adalah penting sepanjang masa, tidak kira pada musim perayaan atau pun tidak. Namun, pada musim perayaan seperti Hari raya, Tahun Baru Cina dan Depavali dsb, kadar penggunaan jalanraya meningkat secara mendadak.

Ini memaksa kita sebagai pemandu agar lebih waspada dan berhati-hati semasa menggunakan jalanraya. Kesabaran ketika memandu juga amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya kemalangan jalanraya.

Bersesuaian dengan matlamat ini, berikut adalah langkah-langkah terbaik yang perlu diambil perhatian oleh setiap pemandu untuk menjamin keselamatan awam di jalanraya.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tidal lama lagi  dijangkakan  aliran trafik akan meningkat .Justeru itu, pelbagai agensi penguatkuasaan jalan raya akan digerakkan bagi menjayakan operasi TBC 2017.

Operasi keselamatan jalanraya ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap pemanduan dilakukan dengan cara yang cukup berhemah dan mem,atuhi undang-undang jalanraya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyertai operasi ini bersama dengan agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)..

Operasi ini akan menekankan 7 kesalahan yang kerap dilakukan oleh penumpang iaitu :

1) Gagal mematuhi peraturan jalan raya
2) Memotong digarisan kembar
3) Memandu dilorong kecemasan
4) Menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu
5) Tidak memakai tali pinggang keledar
6) Memotong barisan serta memandu di lorong kanan secara berterusan bagi bas dan kenderaan perdagangan
7) Memotong Barisan

Jika disabit bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan undang-undang di mana pesalah akan didakwa di mahkamah dan dikenakan denda maksimum RM 2000 tanpa sebarang kemungkinan kompoun..

SPAD turut mengingatkan semua pengendali dan pengusaha pengangkutan awam supaya mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan. Keselamatan  dan pematuhan undang-undang seharusnya diikuti  demi menjaga keselamatan untuk pulang  menyambut tahun baru Cina.

SPAD dalam kepelbagaian usaha terus mengembeling tenaga bersama beberapa agensi kerajaan yang lain bagi menguatkuasakan dan mempertingkatkan keselamatan serta pematuhan undang-undang disamping berusaha untuk menguruangkan kemalangan jalanraya.

Beberapa kes kemalangan yang telah meragut banyak nyawa dimusim perayaan serta pemanduan yang merbahaya  secara tidak langsung akan mengundang musibah bukan kepada diri sendiri , malah kepada pengendali kenderaan yang lain.

Justeru itu sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab SPAD tanpa henti terus menjalankan tanggungjawab  untuk memastikan  keselamatan kenderaan dan pengendali kenderaan  berada didalam keadaan yang cukup baik  berada di jalanraya.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD Sertai Operasi TBC 2017 Sempena Tahun Baru Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s