Liow – TN50 Adalah Anjakan Paradigma Generasi Muda Masakini Untuk Masa Depan Negara


Oleh rmf

Image result for Liow Tiong Lai TN50

TN50 sebagai kesinambungan kepada agenda Wawasan 2020 bagi memastikan negara berkembang subur khususnya dari segi ekonomi. TN50 yang digagaskan Najib, yang juga Presiden UMNO, merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Hal ini tidak bermaksud Wawasan 2020 yang berbaki tiga tahun lagi tidak berjaya, tetapi TN50 yang merupakan ilham Najib adalah satu anjakan selepas agenda nasional berkenaan,

Ia akan dimulakan dengan penglibatan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana-wacana nasional seperti yang diputuskan oleh Kabinet dan akan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan.

Ilham yang akan dilaksanakan nanti  melalui proses pengumpulan idea dan input daripada setiap anak muda yang menjadi kumpulan pemikir, iaitu platform untuk membincangkan dan mengkaji sesuatu topik, dasar atau polisi mengikut peredaran dan cabaran semasa

TN50 merupakan satu visi masa hadapan yang bakal memberi nilai signifikan penting bagi belia dalam menjadi golongan minda kelas pertama yang seimbang dan cemerlang dalam pelbagai aspek antaranya sahsiah dan kepimpinan serta mengenal pasti masalah dari akar umbi dan penyelesaian akan dilaksanakan melalui pembabitan belia dalam TN50.

Liow juga berkata MCA bertekad untuk membantu kerajaan merealisasikan wawasan 2050 Transformasi Negara (TN50). TN50, yang diilhamkan oleh Najib, adalah satu dasar futuristik untuk memetakan hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun selepas 2020

MCA berharap dengan peluang dan penghargaan kerajaan terhadap pembabitan rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan  selama ini boleh diterjemahkan dalam bentuk sokongan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu juga berharap rakyat dapat mengenal pasti orang-orang yang benar-benar bekerja keras untuk berkhidmat kepada mereka demi memastikan generasi kepimpinan masa kini akan terus mengembeling tenaga untuk rakyat

“Apa yang penting ialah rakyat boleh mengenal pasti orang-orang yang benar-benar berkhidmat kepada mereka, dan bahawa mereka tidak hanya tin kosong,” katanya pada majlis makan malam Tahun Baru Cina untuk veteran MCA dan pemimpin persatuan Cina anjuran parti itu di sini malam tadi.

Beliau berkata walaupun MCA hanya mempunyai tujuh kerusi di Parlimen, parti itu telah menunjukkan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat, berbanding dengan DAP yang mempunyai 38 kerusi, tetapi hanya memberikan ceramah kosong.

Dengan 2017 menurut calendar Cina i, Liow berharap ia akan setahun yang akan membawa lebih banyak kekayaan dan kesejahteraan rakyat dan Negara disampain rakyat akan menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup yang berpanjangan

“Mudah-mudahan tahun ini, kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti dalam Barisan Nasional akan menjadi lebih kuat untuk memastikan peningkatan sokongan daripada rakyat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Advertisements
Image | This entry was posted in Liow – TN50 Adalah Anjakan Paradigma Generasi Muda Masakini Untuk Masa Depan Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s