PKR Hanya ‘HAMBA’ kepada DAP dan Bukan Sebuah Parti Yang ada Intergriti Untuk Rakyat


Oleh rmf

Image result for PKR dan  DAP

Kerajaan Perak 10 bulan 28 hari telah menunjukkan bagaimana DAP telah mempergunakan kerusi kemenangan  PKR dan PAS sebagai mandat untuk menubuhkan kerajaan boneka di Perak. Kerajaan boneka tersebut telah mempergunakan orang Melayu untuk  DAP menguasai segalanya.

Berikutan tertubuhnya kerajaan boneka itu secara tidak langsung telah banyak meranapkan dasar-dasar yang selama ini digunapakai untuk menguasai segalanya dalam apa cara sekali pun termasuk pegangan kuasa dikalangan Exco kerajaan negeri.

Ini lah yang telah  berlaku di Selangor sekarang dimana PKR adalah merupakan sebuah kerajaan “lembu dicucuk hidung” yang mana hanya mengikut telunjuk DAP dalam menjalankan pentadbiran  sebuah kerajaan negeri di Selangor.

Bermula Selangor sebagai sebuah negeri yang bertaraf termaju di Malaysia kini sudah tidak mampu lagi mengembeling  kekuatan untuk menjaga kebajikan rakyat didalamnya. Dari sampah, kekotoran serta masalah air kini kian menular dan Selangor adalah sebuah negeri “Pengeluar  Aedes’  yang tertinggi di Malaysia.

Segala bentuk percukaian telah dianikan untuk “mensejahterakan” rakyat di Selangor, pusat maksiat yang tumbuh bagaikan sudah tiada inisiatif lain untuk menghasilkan pendapatan negeri. Peningkatan sebanyak 200% kewujudan  pusat maksiat yang menggunakan nama hiburan keluarga terus berkembang.

Terbaru ialah bagaimana penternakan babi yang akan dijadikan sumber pendapatan utama dalam bidang ternakan telah dikuatkuasakan sebagai satu Rang Undang-Undang yang diluluskan di Pulau Pinang.

Selangor telah mengikuti jejak Pulau Pinang dimana penternakan babi bernilai berpuluh juta akan dibangunkan untuk  dijadikan hasil negeri. Sistem penternakan yang lain dianggap tidak berpotensi dan akan dibiarkan .

DAP telah menguasai segalanya di Selangor, sebagai MB Selangor Azmin Ali tidak mampu melakukan apa  juga keputusan untuk kebajikan rakyatnya. Masalah air, banjir serta kebersihan didalam negeri Selangor tidak pernah diambil serius untuk diatasi.

Sebagai langkah untuk mengukuhkan semula  cengkaman kuasa keatas PKR,  Kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya sedang berusaha untuk memulihkan kembali imej mereka setelah tercalar dengan begitu teruk sekali akibat daripada pendedahan demi pendedahan yang telah menyebabkan reputasi kerajaan negeri pentadbiran Guan Eng terjejas.

Kerakusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dalam perancangannya bukan sahaja memudaratkan kedudukan politik parti tersebut tetapi sudah sampai ke tahap kritikal sehingga menimbulkan keresahan serta kecelaruan dalam parti DAP sendiri.

Selain daripada itu kedudukan ketua menteri Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah juga menjadi antara sebab kenapa kedudukan kerajaan negeri kini dipertikaikan.

Semua pihak sedia maklum pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hampir menyerupai pentadbiran rejim seperti mana yang berlaku di beberapa negara luar.

Walaupun diakui ada dikalangan anggota pentadbiran itu dipilih dari kalangan wakil-wakil parti politik yang bersama dalam kem pembangkang, DAP sebagai parti paling banyak kerusi jelas mempergunakan kedudukan politik itu untuk bertindak sendiri dan sering kali menidakkan suara-suara dari wakil parti-parti yang lain.

Sebagai langkah mengukuhkan kedudukan sokongan, Guan Eng baru-baru ini telah melantik Datuk Saifudin Nasution, Setiausaha Agong PKR sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri P.Pinang.

Mengambil kira tujuan perlantikan itu adalah untuk meningkatkan sokongan (pengundi) orang Melayu terhadap Pakatan Harapan maka jelas Guan Eng secara terang-terangan sudah pun menafikan peranan Rashid sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

DAP seolah-olah melihat Saifuddin hanya boleh dijadikan seorang penghapus Melayu asalkan perutnya kekenyangan dengan imbuhan  dan dia tidak akan mempedulikan hal-hal berkaitan pihak lain. Ini lah corak pilihan DAP yang akan memudahkan kerja mereka untuk menghasut Melayu.

Penolakan kedua pemimpin PKR oleh Guan Eng yang berada ditampok pemerintahan DAP telah menunjukkan bahawa dengan  jelas sekali kehadiran Rashid , Dr Afif dan lain-lain pimpinan Melayu khususnya PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang adalah amat tidak bernilai !

Dalam erti kata lain PKR hanya budak suruhan DAP untuk memecahkan Melayu dan memastikan DAP sentiasa berkuasa dan Melayu PKR adalah hamba kepada DAP.

Advertisements
Image | This entry was posted in PKR Hanya ‘HAMBA’ kepada DAP dan Bukan Sebuah Parti Yang ada Intergriti Untuk Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s