MCA- DAP Tidak Bertanggungjawab dengan Memutar Belit Isu Dan Tidak Layak Bercakap Soal Demokrasi


Oleh rmf

DAP memang pakar dalam mengelakkan isu-isu yang melibatkan mereka. Mereka tidak akan menjawab ataupun menyangkal isu secara langsung, tetapi lebih suka mempersendakan atau memperkecilkan orang lain sebagai satu strategi mengalihkan perhatian orangramai. Itulah cara DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak layak untuk memperkatakan mengenai isu demokrasi dan keadilan. Jika didalam pemilihan parti mereka sendiri dasar kuku besi diamalkan serta tiada kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan didalam parti itu dilaksanakan.

Kedua-dua Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang, tidak layak memberi komen mengenai demokrasi dan keadilan, terutamanya apabila hubungan Guan Eng dengan pihak media dan persatuan-persatuan Cina telah menjadi renggang walaupun kedua-dua pihak tersebutlah yang telah membantu DAP membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang.

Ia amat jelas bahawa Guan Eng lebih suka mengutuk dan mengkritik BN, sepertimana yang boleh dilihat dalam kenyataan-kenyataan medianya.

Ia juga tidak menghairankan bahawa Kit Siang akan sentiasa mempertahankan anaknya dan mengutuk MCA dengan fitnah yang mengelirukan rakyat.

Presiden MCA pernah menyifatkan DAP sebagai parti yang “selalu bersikap negatif dan tidak layak bercakap mengenai demokrasi”.

Dato’ Sri Liow cuma berkata bahawa “perutusan perayaan mereka dipenuhi unsur-unsur negatif. Ia memang lebih senang untuk melempar kutukan.” Tetapi, beliau tidak pernah berkata bahawa pihak gereja tidak dibenarkan membangkitkan isu-isu keadilan. Ini merupakan tuduhan tidak berasas dari Kit Siang.

MCA, bersama-sama dengan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak, sering membangkitkan isu-isu mengenai kepentingan masyarakat Kristian dalam mesyuarat Kabinet.

Kit Siang yang tidak tahu bagaimana kami bekerja di dalam kerajaan hanya mampu berteriak dari luar. Tindakannya memutar-belitkan kenyataan Dato’ Sri Liow amat dikesali kerana ia sangat tidak beretika dan tidak bermaruah.

Sebaliknya, Kit Siang patut menjelaskan kepada masyarakat bukan Islam mengapa DAP telah berkempen membantu PAS mengaut undi masyarakat Cina dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Tindakan tersebut telah membantu memenangkan ramai wakil rakyat PAS pada tahun 2008 dan 2013 walaupun MCA telah memberikan amaran tentang padahnya.

Terdapat banyak bukti di mana pemimpin-pemimpin DAP telah berjanji menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Sekarang ini Kit Siang bekerjasama pula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah dikritik dan dipersalahkannya selama lebih 30 tahun. Kit Siang wajar mengkaji semula kenyataan-kenyataannya sebelum ini.

Sebab itulah kita tidak boleh mempercayai bulat-bulat apa yang dikatakan Kit Siang mengenai keadilan, prinsip, kebertanggungjawaban dan demokrasi.

Sehingga kini, Kit Siang yang pandai bermain kata-kata juga masih belum menjawab soalan mengenai kelakuan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap media dan persatuan-persatuan Cina di negeri tersebut.

Mengapakah Kit Siang terus membisu terhadap kenyataan Dato’ Sri Liow bahawa Guan Eng mengugut media Cina sewaktu Guan Eng lantang bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan bersuara dalam perutusannya. Ini bukti bahawa DAP boleh mengutuk sesiapapun, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinangnya tidak boleh dibidas langsung.

Umum maklum sesiapa sahaja yang mengkritik Guan Eng akan diugut. Jadi, MCA berminat mendengar penjelasan Kit Siang yang pastinya sudah sedia maklum.

Apapun, kita kesal kerana Kit Siang memang tidak berdaya berbuat apa-apa apabila anaknya sendiri tidak mahu mengendahkan kata-katanya.

Senator Dato’ Chai Kim Sen

Ketua Biro Publisiti MCA

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA- DAP Tidak Bertanggungjawab dengan Memutar Belit Isu Dan Tidak Layak Bercakap Soal Demokrasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s