SPAD  Batal Lesen Dan Permit  Pemandu Teksi  Menipu  Tambang RM800 Kepada Pelancong,


Oleh rmf

Image result for Batal Permit teksiPada 17 Desember 2016 kita telah dikejutkan dengan sikap seorang pemandu teksi  di Kuala Lumpur yang mana telah mengambil kesempatan dengan menipu dua orang pelancong Perancis  dimana kedua pelancong  tersebut telah dikenakan tambang teksi sebanyak RM800 (S$259) bagi perjalanan ulang-alik ke Putrajaya meskipun mereka setakat hanya ingin ke Masjid Negara dari KLCC.

Pemandu teksi berkenaan telah menipu kedua pelancont tersebut dan enggan menghidupkan tambang meter, sebaliknya menggunakan laluan yang lebih jauh untuk ke Masjid Negara.

Selepas insiden yang berlaku pada Sabtu (17 Dis) itu, kedua-dua pelancong berkenaan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sambil memberikan nombor pendaftaran teksi dan gambar pemandu teksi tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, jurucakap SPAD mengatakan pemandu teksi itu mengambil kesempatan daripada kedua-dua pelancong berkenaan dan menggunakan laluan lain meskipun jarak antara KLCC dan Masjid Negara hanya 6 kilometer..

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membatalkan lesen pengendali dan lesen kenderaan pemilik teksi yang dipercayai mengenakan tambang RM800 kepada dua pelancong Perancis tahun lepas.

SPAD dalam kenyataan semalam berkata ini berikutan siasatan terhadap aduan pelancong itu yang telah dikenakan tambang tersebut bagi satu perjalanan dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke Masjid Negara.

“SPAD juga akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat.

Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan terlibat boleh dilucutkan hak.

“Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalang beliau daripada mendapatkan lesen pengendali pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

SPAD berkata pembatalan itu dilakukan kerana pengendali tersebut didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).

“Seksyen itu memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja dibenarkan memberi perkhidmatan teksi dan juga mewajibkan penggunaan meter bagi menentukan tambang teksi bajet serta menyatakan keperluan pengeluaran resit bagi perjalanan,” menurut kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA

SPAD MEMBATALKAN LESEN PENGENDALI TEKSI DAN PERMIT KENDERAAN, SERTA MEMULAKAN TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP PENGENDALI

Kuala Lumpur, 11 Januari 2017 – Berikutan siasatan terhadap aduan pelancong yang telah dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi bagi satu perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membatalkan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan pemilik teksi yang terbabit. SPAD juga akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat. Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan terlibat boleh dilucutkan hak. Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalang individu tersebut daripada mendapatkan Lesen Pengendali pada masa hadapan.

Pembatalan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan dilakukan kerana pengendali telah didapati mengingkari keperluan di bawaKh Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), yang memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan teksi dan juga mewajibkan penggunaan meter bagi menentukan tambang teksi bajet serta menyatakan keperluan pengeluaran resit bagi perjalanan. Tambahan pula, kedua-dua pemandu yang berdaftar di bawah Lesen Pengendali tersebut tidak memperbaharui Kad Pemandu mereka yang telah luput. Ini menunjukkan mereka tidak lagi berminat untuk menjadi pemandu teksi.

Ketika siasatan dijalankan oleh SPAD, pemegang Lesen Pengendali menyatakan bahawa kenderaan terbabit tidak berada di dalam milikannya dan sedang dipandu oleh individu berlainan. Walaupun begitu, kenderaan tersebut telah ditemui menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah disita oleh SPAD di bawah Seksyen 81 APAD. SPAD sebelum itu telah membuat laporan polis untuk mengesan pemandu teksi yang terbabit dengan kejadian penipuan penumpang ini.

SPAD ingin memberikan peringatan yang tegas kepada pemegang Lesen Pengendali supaya sentiasa mematuhi keperluan pelesenan dan tidak melanggar undang-undang. Demi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang mengingkari peraturan dan mengambil kesempatan ke atas penumpang.

Tamat –

 

Image | This entry was posted in SPAD  Batal Lesen Dan Permit  Pemandu Teksi  Menipu  Tambang RM800 Kepada Pelancong and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s