Al-Fatihah – Perginya Seorang Pejuang Negeri Sarawak (Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Adenan Bin Haji Satim)


Oleh rmf

15978355_10209444603645892_587330794_n

Ucapan Takziah dari blogger rmf7 kepada seluruh keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Adenan bin Haji Satim , Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh..Amin 

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72 dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kota Samarahan sebentar tadi.

Menurut sumber SuaraTV, Adenan dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang kerana komplikasi jantung.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitter turut menyampaikan ucapan takziah untuk keluarga Adenan.

“Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga & rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem. Al Fatihah,” katanya.

Adenan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014.

Adenan yang mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik – memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979 meninggalkan seorang balu dan lima orang anak.

Adenan mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku ketua menteri.

Selain Ketua Menteri, Adenan pernah menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kerajaan Pusat dari Mac 2004 hingga Februari 2006.

Malah pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang pada Januari 1979.

Beliau yang menerima pendidikan undang-undang di Australia dan pernah menjadi naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Adenan kini adalah ketua penerangan PBB.

Tokoh politik veteran itu pertama kali dilantik memegang jawatan dalam pentadbiran negeri sebagai Menteri Muda Pembangunan Tanah pada 1985.

Dua tahun kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negeri di Kementerian yang sama.

Pada 1992 beliau berpindah ke Kementerian Pembangunan Sosial Negeri dan pada 1998, sebagai Menteri di Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri.

Sebagai seorang pentadbir dan pengamal undang-undang, beliau pernah dilantik sebagai pendakwa raya seawal tahun 1969 di Pejabat Pendakwa Raya Adelaide dan pernah berkhidmat sebagai majistret dari 1971 hingga 1972.

Adenan menjadi peguam di Mahkamah Tinggi Borneo pada 1975 dan dilantik sebagai pengerusi Yayasan Sarawak pada 1 Februari 1999 selepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatan itu. – SuaraTV

Image | This entry was posted in Al-Fatihah - Perginya Seorang Pejuang Negeri Sarawak (Allahyarham Tan Sri Datuk Haji Adenan Bin Haji Satim) and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s