Tiong Lai- Kuasa Pemutus DAP Hanya  Ada Di Tangan Lim Kit Siang Dan Guan Eng Sahaja


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai dan Lim kit siang

DAP terkenal dengan sikap tidak bertanggungjawabnya kepada pengundi telah lama dikesan oleh  ramyat Malaysia. DAP hanya memntingkan kusa  untuk memerintah sahaja  dan keperluan pengundi hanya akan dilakukan apabila desakan dibuat.

Perkara ini bukan baharu dilakukan oleh DAP, malah  kita akan dapat melihat  tindakan mereka bertanding diserata tempat dan  melepaskan tanggungjawab  sebagai wakil rakyat apa bila kemenangan sudah diperolehi.

Sebagai contog yang amat nyata, Lim Kit Siang sejak tahun 1969 lagi sehingga sekarang telah bertanding  sebanyak 6 tempat pilihanraya. Sebagaimana biasa apabila kemenangan diperolehi beliau akan menumpukan tanggungjawabnya kepada parti sahaja dan  mencipta isu isu  untuk membohongi rakyat.

Tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat diabaikan dan apa yang paling penting ialah memenangi kerusi pilihanraya. Gelang Patah  dimana tempat beliau memenangi kerusi Parlimen dan  kita dapat melihat berapa banyak kehadiran beliau dikawsan untuk melihat permasalahan pengundi.

Kadang kala kehadirannya hanya untuk memberikan penerangan isu nasional yang ditentang oleh mereka dan bukan untuk meyelami  permasalahan rakyat . Mengundi calon DAP hanya bertujuan untuk kerusi pilihanraya sahaja dan bukan untuk menaiktaraf kehidupan dan meyelesaikan permasalahn rakyat.

Presiden MCA Dato’ Sri Liow Tiong Lai  mengingatkan rakyat agar tidak lagi tertpengaruh dengan budaya melepaskan tanggungjawab yang telah menjadi amalan DAP sekali gus menyulitkan  keadaan dengan permasalahan yang bertindih dan tidak diambil tindakan.

Semua kuasa DAP pada hakikatnya terletak di tangan Lim Kit Siang, walau apapun jawatan yang disandangnya kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Dalam parti DAP tidak ada demokrasi… dalam parti itu yang ada hanya Lim Kit Siang dan anaknya (Lim Guan Eng) sdn berhad. Ia satu syarikat bapa dan anak.

“(DAP) bukan parti. Kalau kita tengok parti, MCA sudah tukar presiden 10 orang. (Tetapi) Lim Kit Siang (dalam DAP) hanya seorang sahaja, sejak parti itu wujud sampai sekarang.

“Apabila dia (Kit Siang) jadi Pengerusi (DAP), dia yang paling berkuasa. Apabila dia jadi Setiausaha Agung (DAP), dia yang paling berkuasa.

“Sekarang, dia (Kit Siang) tidak memegang Setiausaha Agung atau Pengerusi, dia hanya jadi penasihat, (tetapi) dia juga yang paling berkuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kit Siang semalam yang mendakwa masih menunggu keputusan parti untuk menentukan kedudukan sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah yang diwakilinya atau bertanding di kawasan lain pada PRU 14.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata tidak menghairankan jika Kit Siang berpindah ke kawasan lain kerana sifat semula jadinya suka lari dari tanggungjawab.

“Lim Kit Siang, kita tahu dia selalu lari daripada kawasan ke kawasan. Itu memang cara dia untuk mengelak daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau.

“(Sebelum ini bertanding) Beliau daripada Melaka sampai ke Pulau Pinang, kemudian pergi ke Ipoh, dari Ipoh pergi ke Johor, (lepas ini) tak tahu ke mana (dia) nak pergi lagi lah,”katanya lagi.

Justeru itu, didalam pilihanraya akan datang rakyat harus sedar dan menolak sebuah parti yang hanya mementingkan kusa politik sahaja dan bukan untuk membela nasib rakyat yang memerlukan  seorang wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai- Kuasa Pemutus DAP Hanya  Ada Di Tangan Lim Kit Siang Dan Guan Eng Sahaja and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s