SPAD- 22 Saranan Wajib Patuh Sistem Keselamatan Bas Selepas Kemalangan Bas Di Genting Highland 2013


Oleh rmf

Image result for Spad Hamid Albar

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. SPAD sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat.

Sehubungan ini, SPAD telah mengambil langkah pencegahan drastik. Antaranya: Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (SPAD ICOP Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan dan mengawal selia pemandu.

Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 / ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek seperti “engine retarder” diwajibkan.

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat pelesenan.

Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh SPAD dengan matlamat menangani kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa yang sama, SPAD telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, SPAD telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

SPAD sentiasa menyambut baik segala cadangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara, termasuk cadangan untuk mewujudkan  Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara.

Walaubagaimanapun, kajian menyeluruh harus dijalankan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawap antara agensi.

Selain itu, SPAD juga ingin mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia dilaksanakan bagi memastikan transformasi keseluruhan industri ini dapat dijalankan.

Berikut adalah 22 saranan wajib patuh yang telah dikeluarkan oleh SPAD dalam memastikan keselamatan kenderaan dan penumpang terjamin

s1

s2

s3

s4

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- 22 Saranan Wajib Patuh Sistem Keselamatan Bas Selepas Kemalangan Bas Di Genting Highland 2013 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s