VIDEO BUKTI- SPAD Memulakan Siasatan Kemalangan Berdasarkan Video Penumpang Bas Mayang Sari


Oleh rmf

Image result for Syarikat Bas Mayang Sari

Meskipun undang-undang baru telah diperkenalkan, tahap penguatkuasaan undang-undang  dikuatkuasakan namun  kesedaran mengenai kepentingan keselamatan penumpang masih lagi ditahap yang amat tidak memuaskan daripada syarikat syarikat bas yang menjalankan operasi.

Perkara ini sedikit sebanyak telah dilihat menjadi salah satu faktor mengapa jumlah kemalangan jalanraya dilihat tidak berkurangan dari tahun ke tahun.

Seorang pengguna Facebook baru-baru ini telah memuatnaik rakaman video dan gambar aksi berbahaya seorang pemandu bas ketika sedang memandu bas dari Terminal Bandar Selatan menuju ke bandar Muar.

Pemandu bas syarikat Mayang Sari ini dilihat sedang leka membalas mesej di telefon bimbitnya selain turut dilihat turut merokok di dalam bas yang dipandunya.

Baca pendedahan yang telah dibuat oleh Firdaus Wong Wai Hung di Facebook beliau:

Barangkali ini antara sebab kemalangan jalanraya berlaku. Merokok, membaca mesej dan membalas mesej ketika memandu. Tidak semua pemandu begini maka jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Menurut saksi yang merakamkan tingkahlaku pemandu ini video ini diambil  sewaktu saya berada dalam bas Mayang Sari no plat JRU7400 dari TBS ke Muar.

Oleh itu SPAD telah memulakan satu siasatan terperinci mengenai dakwaan yang dibuat oleh seorang penumpang berkaitan tingkah laku yang dilakukan oleh pemandu  basa Mayang Sari sehingga meyebabkan kemalangan.

Berikut dibawah ini adalah kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh SPAD mengenai kemalangan tersebut.

KENYATAAN MEDIA

SPAD MEMULAKAN SIASATAN TERHADAP DAKWAAN PEMANDUAN BAS EKSPRES SECARA BERBAHAYA

KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
telah memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang didapati daripada Facebook yang dikongsikan oleh seorang pengadu mengenai perlakuan pemandu bas ekspres. Di dalam video yang dirakamkan oleh pengadu, pemandu dipaparkan telah menghisap rokok dan menggunakan telefon bimbit ketika sedang bertugas. SPAD sedang mengambil langkah segera bagi memastikan kesahihan fakta bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.

Setelah menghubungi pihak-pihak yang terlibat semalam, Pegawai Penguatkuasa SPAD telah bertemu pengarah syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd yang mengendalikan bas Mayang Sari tersebut dan pemandu yang terlibat pada jam 9.30 pagi hari ini bagi mengambil keterangan mereka dan mengesahkan maklumat seperti mana yang diperlukan di bawah peruntukan undang-undang. SPAD juga telah bertemu pengadu pada 4.30 petang hari ini bagi merakamkan keterangan rasmi. Rakaman video dan gambar yang diterima akan digunakan sebagai bahan bukti di dalam siasatan.

Sekiranya siasatan mengesahkan bahawa individu terbabit telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain di bawah Seksyen 202, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), pemandu tersebut boleh dihukum denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali. Jika didapati bersalah kerena merokok di dalam kenderaan pengangkutan awam darat, pemandu boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 203 APAD, di mana hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, pengendali boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22 dan 23 APAD atas kesalahan mengingkari syarat-syarat lesen mengenai keselamatan, yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000, atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.

SPAD juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang juga sedang menyiasat kes ini di bawah bidangkuasa dan peruntukan undang-undang masing-masing.

Lesen Pengendali SPAD mewajibkan pengendali bas untuk mematuhi keperluan di dalam Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP). Pengauditan berkala dijalankan bagi memastikan pematuhanan terhadap ICOP. SPAD ingin menekankan kepada pengendali dan pemandu yang didapati bersalah kerana melanggar syarat-syarat Lesen Pengendali, bahawa Suruhanjaya akan mengambil tindakan yang paling maksima yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Orang ramai yang telah mengalami atau menyaksikan perlakuan pemanduan berbahaya oleh pihak pengendali pengangkutan awam darat digesa membuat laporan melalui saluran aduan SPAD seperti hotline kami di 1-800-88-7723, emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. SPAD memerlukan nama dan nombor telefon pengadu, tarikh, masa, tempat kejadian dan maklumat perjalanan (seperti gambar tiket daripada syarikat bas). Sebarang gambar atau rakaman video yang telah diambil pengadu

Bagi sebarang pertanyaan media:

Bahagian Komunikasi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Tel : +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7300

Emel : communications@spad.gov.my

 

Advertisements
Image | This entry was posted in VIDEO BUKTI- SPAD Memulakan Siasatan Kemalangan Berdasarkan Video Penumpang Bas Mayang Sari and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s