Kemalangan di Pagoh –SPAD Arah  Siasatan Serta Pengantungan Lesen Syarikat Pengendali Serta Merta


Oleh rmf

Image result for Kemalangan Goldstar Express (M) Sdn Bhd

Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampung Jayor, Pagoh semalam dikesan mempunyai lapan saman sepanjang 2014 hingga tahun lalu.

Hasil semakan rekod JPJ, syarikat pengendali bas berkenaan iaitu Goldstar Express (M) Sdn Bhd didapati memiliki lapan saman tertunggak antara 2014 dan Nov 2015.

Lapan saman tertunggak syarikat bas itu adalah hanya daripada JPJ sahaja  sementara menunggu laporan  rekod saman daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya ada.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron, berkata semakan ke atas pemandu bas terbabit mendapati mangsa tidak pernah dikenakan saman JPJ.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, bas berkenaan terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh yang telah  menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil sehingga siasatan lengkap atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan membolehkan siasatan daripada agensi-agensi yang terlibat dilakukan.

SPAD berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan tindakan keras di bawah peruntukan undang-undang akan dikenakan sekiranya pengendali bas gagal mematuhinya.

Untuk semerntara siasatan dilakukan, lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Km137.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kampung Jayor, Pagoh Johor pagi tadi, digantung serta-merta.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan siasatan terhadap nahas bas itu.

Liow berkata kementerian memandang serius kemalangan bas ekspres itu dan siasatan perlu dilakukan dari pelbagai sudut keselamatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Siasatan sedang diketuai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), manakala SPAD akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP),” katanya di sini, hari ini.

Sejak dahulu lagi SPAD telah menetapkan satu garis panduan keselamatan yang tida boleh dikompromi oleh mana mana syraikat bas yang menjalankan operasi perkhidmatan penumpang. Keselamatan penumpang adalah yang paling  dan memastikan syarikat pengendali  mematuhinya.

Dalam kenyataan media yang diberikan, SPAD  secara tegas mengulangi  pendirian dan standard yang seharusnya dipatuhi oleh mana mana syrikat bas yang beroperasi. Tindakan tegas akan diambil  jika isu keselamatan penumpang ini diabaikan.

“Keselamatan penumpang merupakan keutamaan di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pengendali dan permit pengendali yang didapati telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali,” kata kenyataan itu.

Kenyatan Media SPAD

spadm

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Kemalangan di Pagoh –SPAD Arah  Siasatan Serta Pengantungan Lesen Syarikat Pengendali Serta Merta and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s