SPAD-Peneraju pelaksanaan RIPAD Negara Memastikan Transformasi Pengangkutan Awam Tercapai


Oleh rmf

spad1

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia, supaya ia menjadi mod pengangkutan pilihan rakyat.

Cabaran paling mendesak sekali adalah peningkatan bilangan kenderaan persendirian sebanyak 300 peratus iaitu daripada 4.7 juta pada tahun 1990 kepada 18.6 juta pada tahun 2010.

Pada masa yang sama, jumlah permintaan perjalanan meningkat dari 12 juta perjalanan pada tahun 1991 kepada 40 juta pada tahun 2010.

Malaysia kini sedang bergerak ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Justeru, SPAD diamanahkan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam darat yang dapat menampung keperluan negara secara selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar dan mampan untuk menyokong pertumbuhan sosial dan ekonomi negara yang berterusan.

SPAD telah melaksanakan mandat yang dipertanggungjawabkan melalui penyelidikan meluas, perancangan teliti dan bekerjasama dan berinteraksi dengan pelbagai pihak dan agensi kerajaan.

SPAD dalam kepelbagaian usaha bagi mencapai matlamat memperkenalkan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (RIPAD) Negara yang menggariskan visi dan hala tuju pengangkutan awam darat Malaysia.

Memandangkan pengangkutan awam merupakan sektor yang kompleks dengan penglibatan banyak pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan di semua peringkat.

Dengan itu terdapat keperluan dari semua pihak, awam dan agensi swasta bagi menggunakan prinsip yang sama bagi memastikan ada penyelarasan bersepadu untuk menjamin negara mengoptimumkan sumber yang diperlukan untuk pengangkutan awam.

Adalah diharapkan RIPAD Negara dapat memainkan peranan utama bagi mencapai matlamat dan tujuan tersebut. RIPAD mengandungi hala tuju strategik dan garis panduan, yang boleh diguna pakai oleh semua pihak dalam menyediakan pelan pelaksanaan tempatan, bagi meningkat dan menjamin penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam darat kepada kumpulan sasaran.

Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk memberi gambaran jelas tentang dasar-dasar dan prinsip-prinsip kerajaan dalam sektor ini kepada kumpulan-kumpulan berkepentingan, seperti pengendali dan pengguna pengangkutan awam darat serta orang awam.

Ia juga akan menjadi panduan yang berguna kepada agensiagensi pembuat dasar dalam bidang lain seperti pembangunan bandar, luar bandar dan wilayah, di mana pengangkutan awam pasti berperanan memberi kesan terhadap pembangunan.

SPAD juga telah mengambil kira pengajaran dan penanda aras daripada sistem pengangkutan awam yang berjaya di negara-negara lain.

SPAD juga telah memastikan RIPAD ini mematuhi objektif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, bahawa sistem pengangkutan awam hendaklah berteraskan rakyat, yang mana ianya mengimbangkan keperluan mobiliti di samping mengekalkan dan meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar dan pinggir bandar.

Untuk tujuan itu, tidak seperti perancangan pengangkutan biasa,  Pengangkutan Awam Darat Negara(RIPAD) memberi tumpuan kepada pergerakan orang dan barangan, berbanding pergerakan kenderaan.

Di bawah teraju YBhg. Tan Sri Syed Hamid Jaffar Alba, SPAD terus mengorak langkah menyusun strategi memantapkan pengangkutan awam darat dengan menyusun semula sistem pengendalian, pengurusan dan laluan agar menjadi lebih sistem matik serta menyusun atur sistem pengendalian dan perancangan pembangunan stesyen hentian bagi teksi dan bas.

Hasil kepimpinan yang cemerlang, SPAD terus memainkan peranan dalam usaha membaik pulih sistem pengangkutan awam, sahingga terlancarnya fasa pertama Mass Repid Transit (MRT), bagi memenuhi impian Perdana Menteri didalam agenda Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang pernah disuarakannya pada tahun 2009.

SPAD juga akan menerajui usaha untuk membangunkan pelan pelaksanaan pengangkutan awam darat negeri dan juga antara negeri. Akhirnya, SPAD akan memantau keberkesanan pelaksanaan rancangan-rancangan ini bagi memastikan ia dapat diterjemahkan menjadi realiti.

Kajian berkala akan dijalankan pada setiap sepuluh tahun bagi memastikan bahawa hala tuju strategik yang ditetapkan dalam rancangan ini akan sentiasa selari dengan keadaan semasa dan relevan kepada situasi sebenar, cabaran dan peredaran masa.

Bagi merealisasikan visi untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan mobiliti rakyat, pengangkutan awam mestilah selamat dari segi fizikal dan visual.

Dengan mengambil langkah yang mantap dan dapat dilihat untuk mengurangkan kadar kemalangan dan insiden jenayah, hal ini mampu memberikan keyakinan kepada pengguna pengangkutan awam darat.

Bagi menilai langkah keselamatan sedia ada khususnya yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat, hal ini memerlukan keperluan yang menyeluruh. Langkah khusus, seperti pelesenan, latihan untuk pemandu dan kebolehpercayaan terhadap kenderaan perlu ditingkatkan.

RIPAD Negara merupakan langkah berani ke arah memperbaik dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia.

Rancangan ini merupakan dokumen pertama yang memberikan pengkhususan terhadap pengangkutan awam darat di negara ini, dengan mengambil kira pendekatan yang inovatif untuk mencapai visi keseluruhan pengangkutan awam kita.

RIPAD Negara menjadi instrumen dasar strategik yang memandu pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan yang membentuk landskap perancangan dan perundangan pengangkutan awam darat. Sebagai penggubal undang-undang pada peringkat Negara.

 SPAD menjadi peneraju pelaksanaan RIPAD Negara – bekerjasama dengan agensi pada peringkat persekutuan dan negeri. SPAD akan memandu pelaksanaan dengan pendekatan, garis panduan dan penyelesaian dalam RIPAD Negara supaya matlamat untuk mengutamakan rakyat tidak diabaikan.

RIPAD Negara mengamalkan perspektif makro bagi memastikan segala janji kepada rakyat dalam rancangan ini dapat ditunaikan.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD-Peneraju pelaksanaan RIPAD Negara Memastikan Transformasi Pengangkutan Awam Tercapai and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s