Krisis Air- Selangor Ketiadaan Wang Dan Gagal Menyelesaikan Krisis Air, 3.9 Juta Rakyat Menderita


Oleh rmf

Image result for Krisis Air Selangor

Kesilapan yang mula berlaku berkaitan dengan krisis air di Selangor ialah apabila Kegagalan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi kejasama penuh kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rizab air di Selangor, menyebabkan ianya sedang berlarutan sehingga sekarang.

Kerajaan Selangor yang diterajui PKR sepatutnya memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2 kerana catuan air dan penghantaran bekalan yang dilaksanakan hanya merupakan kaedah penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi kekurangan bekalan air.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Menteri Besar sekarang Azmin Ali yang langsung tidak prihatin tentang permasalahn air yang dihadapi oleh rakyat dewasa ini. Dua penggal telah berlalu, Krisis akan akan menjadi isu  yang tak berkesudahan untuk jangka masa panjang.

MCA kesal dengan tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air kerana ia tidak sensitif dan tidak bertimbang rasa, terutama lagi kerana ia dilakukan semasa cuti sekolah dan perayaan Krismas.

Pemotongan bekalan air akan mengganggu keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk perayaan Krismas, atau yang akan mengadakan perjumpaan keluarga semasa waktu cuti akhir tahun ini, di mana bekalan air amat penting untuk memasak dan membuat kerja-kerja membasuh.

Begitu juga untuk keluarga-keluarga yang sedang membuat persiapan untuk sesi persekolahan baru. Krisis ini telah menjejaskan imej negeri di kalangan pelancong-pelancong asing.

Penghuni-penghuni bandar yang lebih cenderung untuk menetap di pangsapuri atau kondominium juga akan mengalami kesusahan mengumpul air hujan sebagai bekalan air simpanan berbanding dengan penghuni-penghuni rumah.

Meletakan baldi-baldi air di sekeliling kawasan pangsapuri juga membahayakan kanak-kanak kecil dan orang kurang upaya kerana pergerakan mereka akan terjejas. Terlalu banyak implikasi yang akan timbul kepada rakyat jika sekiranya kerajaan Pakatan tidak menyelesaikan  krisis air ini yang telah berlarutan hampir dua penggal.

MCA memahami bahawa Syabas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu menaik taraf loji-loji air dan tenaga masing-masing. Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak sepatutnya lebih pragmatik,

Melakukan pemotongan bekalan secara berperingkat, dan sebaik-baiknya dibuat selepas percutian Tahun Baru Cina atau di bulan Mei atau Jun semasa musim hujan monsun. dan bukan dilakukan semasa rakyat sudah siap bersedia untuk menyambut  perayaan krismis dan Tahun Baru Cina.

Kerajaan negeri Selangor sepatutnya menjaga kebajikan para penduduk, dan harus peka kepada rungutan rakyat dan maklum balas negatif yang dilaporkan dalam berita dan media sosial mengenai pemotongan bekalan air tersebut.

Berdasarkan pengalaman pemotongan air yang lalu, kami tahu bahawa tidak ada jaminan bekalan air akan pulang tepat pada masanya, dan jika ia pulang pun, air tersebut adalah kotor dan berbau. Air paip tersebut akan dibiar mengalir sehingga air menjadi jernih semula, dan ini adalah pembaziran sumber air.

Kris air sekali gus telah menunjukkan seolah olah kerajaan Selangor sudah tidak mempunyai dana lagi untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Setelah dua penggal memerintah isu air terbiar dan  menyebabkan  rakyat menderita setiap kali gangguan berlaku dengan masa yang agak panjang.

Oleh itu, saya menggesa para pengundi negeri Selangor untuk menolak pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum pada masa depan kerana kegagalan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.

Air adalah sumber asas yang penting, dan akses kepada bekalan air bersih merupakan hak asas semua rakyat yang tidak boleh diambil secara mudah.

Krisis air yang telah berlarutan selama dua penggal ini  sekali gus telah menunjukkan kegagalan  Pakatan dalam memastikan kebajikan serta keperluan rakyat dapat ditangani dengan cara yang bijak dan  berhemah.

Sekarang rakyat tentunya telah merasa satu kesilapan  besar dalam PRU yang lalu memilih pembangkang sebagai kerajaan   untuk membela nasib mereka. Apa yang berlaku di Selangor sekarang seakan akan  sedang berada disebuah negeri yang miskin tanpa sumber kewangan untuk memastikan keperluan rakyat terbela.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in 3.9 Juta Rakyat Menderita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s