Tiong Lai- Sasaran Kekerapan Tren 1.5 minit Di Masa akan Datang


Oleh rmf

Image result for Kereta Api Di Malaysia

Hari ini semua negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik , serba maju dan canggih seperti sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden .

Tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan pembangunan negara dengan lebih baik lagi. Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara .

Andai kata berlaku sesuatu ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara  tersebut.

Jika kita lihat secara kasar , mengwujudkan satu system pengangkutan yang terbaik, ianya memerlukan satu bentuk perbelanjaan yang amat besar dengan corak pengangkutan yang termoden dan serba lengkap.

Bagi sebuah Negara yang sedang membangun dan sebuah Negara yang sedang menuju kearah Negara maju sudah pastinya Negara sanggup berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara.

Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara.

Melihat dari kepentingan tersebut Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat serta  Kementerian Pengangkutan adalah dua agensi kerajaan yang bertanggung jawab untuk merangka plan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan Negara tidak ketinggalan dalam arus pemodenan system pengangkutan didalam Negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu menghadiri  “United Nations Economic & Social Commission For Asia & Ministerial Conference” di Russia telah meyaksikan sendiri bagaimana satu system pengangkutan yang dikira terbaik  terbina disana.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berdasarkan pengalamannya semasa lawatan ke Moscow, Russia baru-baru ini, kekerapan sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) di negara itu ditetapkan pada 1.5 minit dengan keupayaan membawa 8.5 juta penumpang setiap hari.

“Dengan pelaksanaan kekerapan 1.5 minit itu, pengguna tren di negara berkenaan tidak perlu menunggu lama kerana ia lebih cepat.

 “Justeru, kita juga berharap dapat mencapai sasaran berkenaan pada suatu hari nanti dan ini juga satu daripada transformasi dalam pengangkutan awam negara,” katanya berucap pada majlis makan malam Kementerian Pengangkutan, di sini, malam ini.

Pada masa sama, beliau memberi contoh, kekerapan perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) berjaya ditambah baik daripada sejam kepada setengah jam dan yang terbaharu ialah 15 minit.

Malah, katanya, melalui pelaksanaan Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), tempoh menunggu komuter akan disingkatkan kepada 7.5 minit menjelang 2019 dan dikurangkan lagi kepada 3.5 minit.

Di Moscow sejumlah purata 8.5 juta penumpang sehari , namun keberkesanan dan frekuensi nya mengangkut penumpang setiap satu setengah minit amat mengkagumkan , ujar Liow.

“Ini lah yang kita harus tumpu untuk mencapai nya” kata Liow berkenaan perkhidmatan tren di Malaysia.

Mungkin dimasa akan datang,  di bawah projek Klang Valley Double Track (KVDT) , penambahbaikan masa menunggu tren  KTMB  komuter dijangka akan dapat  diturunkan dari 15 minit kepada 7.5 minit.

Sebelum ini bagi perkhidmatan komuter dari Seremban menuju ke Port Klang adalah 30 minit tetapi berjaya di cepatkan kepada 15 minit sahaja. Ini merupakan satu peningkatan yang terbaik didalam perkhidmatan  pengangkutan dalam Negara ini.

 “Sebaik sahaja projek KVDT siap , ia akan dapat dikurang kan sehingga 7.5 minit” kata Liow.

Kementerian Pengangkutan mahu meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren kepada 90 saat atau 1.5 minit pada masa akan datang bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna pengangkutan awam di Malaysia.

Dalam majlis makan malam kementerian nya , Datuk Liow sempat memberi pesan kepada kakitangan nya bahawa mereka perlu menyumbang kepada pertumbuhan negara dari segi sektor pengangkutan

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai- Sasaran Kekerapan Tren 1.5 minit Di Masa akan Datang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s