Ketua Biro Publisiti MCA – Mahathir Sememangnya Sudah Lupa


Oleh rmf

Ketua Biro Publisiti MCA Senator Dato’ Chai Kim Sen telah menyelar tindakan Tun Mahathir yang mana  telah membuat tuduhan yang tak berasas terhadap MCA yang mana melebelkan bahawa MCA adalah sebuah parti perkauman dan bukan DAP sebagaimana sebelum ini beliau lebelkan.

Menurut Biro Publisiti MCA , MCA kesal mengenai tuduhan-tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. MCA tidak akan terjebak ke dalam perangkap Melayu lawan Cina yang dipasangnya.

Pujian beliau terhadap DAP semata-mata kerana Konvensyennya diadakan dalam Bahasa Melayu membuktikan bahawa beliau “mudah lupa” kerana beliau sendiri pernah mengkritik pemimpin DAP Lim Kit Siang sebagai seorang rasis, diktator dan komunis.

Politik pusingan-U yang dibuat beliau membuktikan bahawa beliau sedang menggunakan taktik perkauman dengan mencetus kebencian kaum Melayu terhadap kaum Cina.

Beliau telah memuji DAP sebagai mempertahankan kedudukan istimewa kaum Melayu di samping menyindir MCA hanya menjaga hak-hak kaum Cina.

Adakah ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir juga tidak menyokong pembangunan dan peruntukan dana untuk pendidikan vernakular?

Tun Dr Mahathir “mudah lupa” bahawa ucapan dasar Presiden MCA untuk semua Perhimpunan Agung Tahunan dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Kami juga ingin mengingatkan beliau bahawa minit-minit mesyuarat perhimpunan agung tahunan yang diserah kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan juga dibuat dalam Bahasa Malaysia.

Tun Dr Mahathir juga “mudah lupa” bahawa wakil rakyat DAP untuk Damansara Utama, Yeo Bee Yin, pernah meluahkan hasratnya untuk membentangkan usul di Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menghapuskan kedudukan istimewa kaum Melayu, tetapi telah ditolak oleh ketua publisiti DAP Tony Pua yang petah berpolitik, dengan alasan bahawa ia merupakan pendapat peribadi Yeo.

MCA pula tidak pernah mempersoalkan, sebaliknya sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

MCA juga tidak pernah mempersoalkan kedudukan istimewa kaum Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Akan tetapi, ia mesti dibaca bersama-sama dengan Perkara 153 (7) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, …….”.

Oleh itu, Tun Dr Mahathir dan DAP mesti berterus terang jika mereka ingin menafikan hak-hak perlembagaan kaum-kaum lain di Malaysia.

Pepatah “mush kepada musuh adalah kawan” boleh digunakan untuk menggambarkan Tun Dr Mahathir yang telah bekerjasama dengan bekas-bekas pemimpin politik DAP yang pernah dipenjarakan olehnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tindakan Tun Dr Mahathir pernah dikritik oleh penggubal ISA, Profesor Hugh Hickling, yang mengatakan bahawa “ISA tidak pernah bermaksud untuk digunakan sebagai satu langkah untuk menahan dan menakutkan musuh-musuh politik seperti yang berlaku hari ini”.

Di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir, hubungan Malaysia dengan Singapura agak renggang, tetapi di bawah kepimpinan Dato’ Sri Najib, hubungan dua hala Malaysia-Singapura telah bertambah mesra dengan komunikasi di peringkat kepimpinan dan usaha juga dilakukan untuk menandatangani perjanjian tren HSR yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan republik itu.

Bekas pemimpin-pemimpin dunia yang bersara biasanya berhenti daripada mencampuri urusan politik aliran utama. Mereka menumpu kepada kuliah, kerja-kerja amal atau diplomasi antarabangsa.

Malangnya, Tun Dr Mahathir yang telah berusia 90 tahun masih bercita-cita menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Beliau tidak akan teragak-agak menjatuhkan mana-mana Perdana Menteri yang tidak menurut telunjuknya. Beliau memang pakar dalam perkara ini kerana telah berjaya menjatuhkan tiga Perdana Menteri.

MCA tahu bahawa Tun Dr Mahathir seorang yang keras kepala, dan tidak akan berhenti mengkritik MCA. Akan tetapi, MCA masih berharap bahawa beliau akan membuka telinga kepada kritikan-kritikan rakyat terhadapnya dasar-dasarnya yang melemahkan Malaysia.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Ketua Biro Publisiti MCA - Mahathir Sememangnya Sudah Lupa and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s