MRT- SPAD Bertanggungjawab  Kemudikan Plan Komprehensif Transfomasi Pengangkutan Awam Darat


Oleh rmf

Image result for MRT Malaysia

Sejak mula idea MRT diketengahkan, ia dirancang untuk dibina bukan sekadar sebagai pengangkutan awam. Kerajaan memandang dan melakukan kajian mendalam dari segi kehidupan rakyat, mengambil kira jaringan rangkaian, kepadatan penduduk, aliran trafik, keperluan pengguna dan sebagainya.

Bertahun lamanya kita telah mendengar rintihan, keluhan dan aduan pengguna mengenai pengangkutan awam negara. Tren lewat tidak mengikut jadual, gerabak lama yang usang dan sesak, sistem jaringan yang tidak berhubung dan menyusahkan pengguna, serta bermacam lagi.

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD telah ditubuhkan untuk mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, sebuah pelan komprehensif 20 tahun untuk mentransformasikan pengangkutan awam negara menjadi pengangkutan awam kelas pertama.

Antara projek utama di bawah rancangan ini adalah Transit Aliran Massa, atau kita kenali hari ini sebagai MRT. Projek ini adalah sebuah projek mega, dan meskipun ia menelan belanja berbilion Ringgit, tetapi ia adalah projek tepat yang akan mengubah landskap Kuala Lumpur dan Malaysia.

Projek mega MRT ini juga adalah satu jawapan konkrit Kerajaan terhadap kritikan dan tohmahan tidak berasas yang dilontarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab mengenai keadaan ekonomi negara sejak sekian lama.

Image result for MRT Malaysia

Bagi fasa pertama laluan SBK daripada Sungai Buloh ke Semantan yang merangkumi 12 stesen, sebanyak 112 bas pengantara disediakan di stesen-stesen yang meliputi jarak sejauh 256.3km dengan laluan termasuk kawasan tumpuan seperti KL Sentral, Lapangan Terbang Subang dan juga kawasan perumahan dengan jumlah penduduk yang ramai seperti di Subang Bestari, Kota Damansara dan banyak lagi.

Projek MRT Sungai Buloh – Kajang Fasa 1 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak siang tadi, ia menandakan satu lagi mercu tanda penting negara untuk maju kehadapan dalam sistem pengangkutan awam negara..

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan media

“perkembangan ini merupakan hasrat kerajaan  untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan yang disambung dengan perkhidmatan lain seperti LRT, Monorel, KTMB Komuter dan Projek Klang Valley Double Track.”

“Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 70 billion untuk pembangunan rangkaian rel bandar di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang enam tahun yang lalu,hasilnya hari ini, kita dapat melihat pelancaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK)” jelas Liow

Inisiatif-inisiatif sebegini adalah satu lagi langkah tambahan Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kita terhadap kenderaan persendiran dan menggalakkan penerimaan terhadap gaya hidup baharu di mana pengangkutan awam bandar yang moden menjadi sebati dengan cara hidup harian kita.

YAB Perdana Menteri semalam telah mengumumkan perkhidmatan MRT dan Bas Perantara pengguna boleh menaiki perkhidmatan ini secara percuma selama sebulan bermula 16 Disember sehingga 17 Januari 2017..

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MRT- SPAD Bertanggungjawab  Kemudikan Plan Komprehensif Transfomasi Pengangkutan Awam Darat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s