MCA Sokong RUU 355 Jika Di Bentangkan Oleh Kerajaan


Oleh rmf

Rang Undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat lebih kepada tuntutan politik berbanding tuntutan syariah

Berbagai pihak telah yang tidak bersetuju telah menyuarakan kebimbangan dalam hal pembentangan RUU355 ini dengan mengatakan bahawa ianya permulaan untuk perlaksanaan hudud dalam negara ini.

Sedangkan pada hakikat yang sebenar yang tidak pernah diterangkan oleh pihak pembangkang yang beragama Islam ialah bahawa RUU355 ini hanyalah melakukan penambahbaikan sistem perundangan syariah sedia ada kepada satu bentuk hukuman yang lebih berat dan setimpal.

Sebagai rekod pada Mei lalu Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Tindakan Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh empat pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) MCA,MIC,Gerakan dan SUPP yang mengertak akan melepaskan jawatan menteri kabinet masing-masing sekiranya hudud dilaksanakan.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula memperjelaskan pindaan terhadap Akta 355 itu bermatlamat untuk memperkasakan bidang perundangan Syariah sedia ada kepada sistem yang selari dengan perkembangan semasa berlandaskan kepada sumber-sumber perundangan syariah yang diiktiraf di dalam Islam.

Ramai dari kalangan rakyat salah faham berkenaan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan pindaan RUU 355. Beliau berkata, sebenarnya ada salah faham berkenaan pendirian MCA mengenai pakara ini (RUU 355).

Beliau berkata parti itu tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian. Kita tidak boleh menyokong. Bagaimanapun MCA hanya akan menyokong jika ia dibawa oleh kerajaan.

MCA pada masa yang sama turut merasakan RUU berkenaan bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan.

“Saya rasa terdapat banyak salah faham, mengatakan bahawa kita menentang rang undang-undang. Kami hanya mahu ia dilaksanakan mengikut perlembagaan.”

“Ini penting untuk mengekalkan semangat perlembagaan negara kita. Oleh itu, apabila rang undang-undang yang tidak mengikut semangat perlembagaan, kami berharap ia akan diperbetulkan, “katanya.

Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, telah dilaporkan berkata bahawa parti akan menentang rang undang-undang kerana ia disifatkan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Sebelum pada itu Pardana Menteri, Datuk Seri Najib juga berkata  beliau telah menjelaskan kepada parti-parti komponen BN bahawa pindaan RUU 355 berkenaan bukanlah undang-undang hudud.

Perdana Menteri juga menjelaskan ia merupakan peningkatan jumlah hukuman tertakluk kepada kesalahan tertentu ianya dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam sahaja.

Beliau juga berkata bahawa masyarakat Cina amat terganggu dengan rang undang-undang itu yang dilihat untuk membuka jalan bagi pelaksanaan hukuman hudud bagi kesalahan jenayah yang dilakukan oleh orang Islam.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika ditanya wartawan berkenaan RUU 355 berkata, RUU 355 secara teknikalnya bukanlah undang-undang hudud, kerana untuk melaksanakan hudud memerlukan sokongan 2/3 mejoriti.

Beliau menegaskan MCA tidak menentang Islam cuma mahu semua pihak menghormati perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi negara.

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Sokong RUU 355 Jika Di Bentangkan Oleh Kerajaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s