SPAD Menahan 6 Buah Kenderaan Mewah Berserta  Ulat Teksi di KLIA 2.


Oleh rmf

Image result for Ulat teksi KLIA2

Serampang dua mata, bergitu lak  yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa SPAD dalam menjalankan tugasan  untuk membasmi sikap ulat teksi yang saban hari bermaharaja lela di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang.

Terlampau banyak aduan yang diterima oleh SPAD berhubungkait dengan  kegiatan ulat teksi yang mana bertujuan untuk mengaut keuntungan  sehingga menjerat pelangan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini sedikit sebanyak telah menjejaskan mana baik sitem engangkutan Awam darat di Malaysia.

Sikap ini juga sekali gus akan menjadi bualan pelancong asing dimana akan  menyebarkan berita yang tidak baik di Negara mereka. SPAD sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan semua spek keselamatan penumpang tidak kira dari dalam dan luar Negara terjamin terus menerus melakukan operasi untuk mencegah dan membenteras kegiatan ini.

Aktiviti ulat teksi  ini telah pun dibincangkan dibanyak portal dan halaman main stream berita kisah bagaimana mereka ini melakukan penipuan dan melibatkan banyak mangsa yang telah membuat laporan sama ada kepada SPAD mahupun kepada pihak polis sendiri.

Laporan kegiatan kegiatan mengulat terutamanya di lokasi2 yang menjadi tumpuan pelancong ini menurut Datuk Che Husni telah menjejaskan imej Negara dan industri pengangkutan awam negara.

Penguatkuasaan SPAD telah menyebabkan kegiatan ulat ulat teksi ini agak berkurangan , namun  disebalik kegiatan yang amat berhati hati itu, ulat ulat teksi terus menggunakan pelbagi muslihat untuk memerangkap pelangan mereka.

SPAD dalam usaha mencegah kegiatan ini juga telah bergerak lebih efisien lagi dengan melakukan penyamaran untuk memberkas penyangak ulat teksi ini. Penyamaran dilakukan  dan  beberapa tangkapan telah dibuat oleh SPAD.

Operasi yang telah dilancarkan pada minggu lepas telah membuahkan hasil dimana sebanyak 6 buah kenderaan telah ditahan bersama ulat teksi yang menggunakan kenderaan mewah sebagai daya penartik kegiatan mereka.

Ulat teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di sini dikesan menggunakan taktik baharu dengan menawarkan jualan kad sim prabayar kepada mangsa sebelum memujuk untuk menggunakan perkhidmatan teksi haram mereka.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Che Hasni Che Ahmad yang mendedahkan taktik terbaharu itu berkata, pihaknya mengesan taktik itu sering digunakan di pintu masuk utama negara dan menyasarkan pelancong antarabangsa sebagi mangsa utama.

“Kita mengesan ulat-ulat tiket ini menggunakan pelbagai taktik termasuk dengan menjual kad sim prabayar ketika pelancong keluar dari balai ketibaan lagi.

“Ulat-ulat ini sanggup bertindak sedemikian rupa kerana aktiviti ini menjanjikan sumber pendapatan yang agak lumayan kepada mereka biar pun kesannya boleh memberi imej buruk kepada negara,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Sepang di sini hari ini.

Sehubungan itu, Che Hasni berkata, pihaknya telah mengetatkan lagi penguatkuasaan di pintu masuk utama negara bagi membanteras aktiviti haram ulat tiket tersebut

Justeru itu, orang ramai  sepatutnya tidak melihat SPAD hanya mendiamkan diri dalam melihat permasalahan berkaitan dengan pengangkutan awam darat di Negara ini. Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab yang dilaksanakan oleh SPAD untuk memastikan kebajikan dan pendapatan pemandu teksi tidak terjejas.

Sememangnya SPAD tidak mengwar warkan apa juga bentuk pengoperasian yang dilakukan. Dengan cara ini tindakan yang lebih berkesan akan dapat dilaksanakan.

Demi menjaga nama baik system pengangkutan awam darat dan juga nama baik Malaysia SPAD akan terus menerus melakukan pengoperasian dari masa kesemasa sehingga kegiatan ulat teksi ini dapat dihapuskan.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD Menahan 6 Buah Kenderaan Mewah Berserta  Ulat Teksi di KLIA 2. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s