SPAD- 50,000 hingga 60,000 Individu Berdaftar Melalui Aplikasi e-hailing 


Oleh rmf

Image result for e-hailing

Kebanyakan orang berpendapat bahawa cara sampingan untuk memperolehi pendapatan tambahan adalah menarik dan semakin popular di kalangan orang ramai terutamanya untuk rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan kebebasan kewangan.

Grabcar dan Uber semakin mendapat tempat dihati pengguna pengangkutan dewasa ini. Kehadiran mereka dalam industry pengangkutan adalah disebabkan permintaan orang ramai mula mengejar masa dan menggunakan perkhidmatan yang tiada bermasalah.

Uber dan grabcar juga dikatakan  penyelesaian yang paling tepat untuk mendapatkan pendapatan tambahan ialah dengan mempertimbangkan peluang memanfaatkan masa lapang yang ada.

Dianggarkan 50,000 hingga 60,000 individu berdaftar melalui aplikasi e-hailing sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan Uber dan Grabcar di seluruh negara setakat ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksinya antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan Grabcar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Cadangan itu bertujuan membenarkan dari segi undang-undang pola permintaan yang dipacu teknologi bagi mengawal selia perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar, Perkhidmatan atas talian atau e-hailling juga telah diperkenalkan  oleh SPAD untuk kegunaan semua pihak yang mahu mendaftar.

Di samping menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi sedia ada agar mereka mempunyai peluang secara adil untuk terus berdaya saing dfan meyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkata daripada jumlah itu hanya 20 peratus pemandu yang aktif manakala selebihnya pemandu separuh masa yang mempunyai pekerjaan tetap.

“Kebanyakan pemandu yang menyediakan perkhidmatan Uber dan Grabcar tertumpu di kawasan bandar seperti Lembah Klang dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) mengenai jumlah pengguna yang berdaftar sebagai penyedia perkhidmatan Uber dan Grabcar di seluruh negara sehingga Oktober 2016.

Dalam pada itu, Wee berkata satu rang undang-undang bagi mengawal selia perkhidmatan ‘ride hailing’ akan dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun depan.

Katanya kerajaan sedang memuktamadkan rang undang-undang berkenaan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bagi Sabah dan Sarawak.

Advertisements
Image | This entry was posted in 000 Individu Berdaftar Melalui Aplikasi e-hailing  and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s