Datuk Seri Ti Lian Ker – DAP Tidak Perlu Masuk Campur Urusan Dalaman MCA Dan BN


Oleh rmf

Image result for Datuk Seri Ti Lian Ker

Politik tanah air kekecamukan apabila DAP dengan sengaja mencampuri urusan dalam parti lain. Tujuannya berbuat demikian hanya lah untuk menguji tahap keberkesanan agenda memporak perandakan parti lain.

Apabila tindak balas berlaku DAP akan mendalamkan lagi misi mereka iaitu mencari kesalahana dalam parti serangan mereka , dengan cara ini isu dapat dibangkitkan dengan mudah.

Apabila berlakunya atau terdapatnya isu maka dengan mudah DAP akan  terus meracuni anggota parti  sasaran mereka. Begitulah yang mereka lakukan terhadap MCA gabungan terbesar Barisan Nasional.

Taktikal ini amat mudah disedari oleh pemimpin  MCA , Ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menyarankan DAP supaya tidak menyibuk hal ehwal dalaman MCA dan Umno dalam Barisan Nasional (BN) dengan mempelawa parti itu menyertai pembangkang.

Sebaliknya, DAP dinasihat fokus kepada kerjasamanya dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad.yang mana  dikatakan DAP amat terbuka menerima Mahathir sebagai ahli gabungan serta tunggangan mereka untuk meraih kemenangan.

“MCA tidak akan bekerjasama dengan parti pembangkang seperti DAP kerana perjuangan mereka tidak berprinsip.

“Jadi, eloklah DAP bekerjasama dengan Mahathir, tidak perlu mengajak MCA. Kami parti yang berprinsip dan kepercayaan diletakkan hanya kepada BN, serta semangat tolak ansur sesama parti dalam BN,” katanya.

Berbeza dengan DAP, Ti menggambarkan ia sebagai parti tanpa prinsip dan pendirian selain tidak konsisten. Ini katanya jelas ditunjukkan dalam kerjasama dengan parti-parti komponennya dan pemimpin lain sebelum ini.

“Dulu sebelum 1999 mereka kerjasama dengan Pas selepas itu kutuk parti Islam itu, kemudian pada 2008 kerjasama lagi dan sekarang kutuk semula. Sama juga dengan kutukan terhadap Muhyiddin dan kenyataan yang Mahathir amalkan rasuah, sekarang boleh bekerjasama pula.” katanya dalam nada sindir.

Ti menegaskan, MCA akan terus setia dengan BN kerana gabungan mereka dalam komponen itu masih utuh dan saling memerlukan.Hubungan baik MCA dengan gabungan BN seharusnya di perkemaskan lagi demi memastikan sokongan rakyat terhadap MCA terus meningkat untuk menghadapi PRU14 nanti.

“Kita bersama mewujudkan BN dan bekerjasama dengan 13 parti lain dalam BN,” katanya.

Ti berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan pemimpin DAP, Lim Lip Eng iaitu pembangkang dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedia menimbang kerjasama dengan MCA jika parti Cina itu meninggalkan BN.

Perkara tersebut tidak mungkin berlaku kerana MCA sudah sebati dengan dasar perjuangan BN yang mana tidak meminggirkan kaum lain dan bukan sebagaimana yang menjadi amalan DAP terhadap kaum lain.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Datuk Seri Ti Lian Ker – DAP Tidak Perlu Masuk Campur Urusan Dalaman MCA Dan BN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s