DAP Terus Menjadi “Islam” bila RUU 355 Mahu Di Bentangkan


Oleh rmf

ruu-355

DAP perlu keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu benar-benar membantah tindakan PAS membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat- Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng

“Pucuk Dicita Ulam Mendatang” itu lah  ayat yang paling terbaik jika tidak bersetuju  dengan pembentangan RUU355 oleh PAS. Saranan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kepada DAP jika tidak bersetuju dengan pembentangan RUU 355 oleh PAS.

DAP seharusnya mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dalam partinya, Jika  tidak bersetuju dengan pembentangan RUU 355 yang bakal dibuat oleh PAS seharusnya DAP mengambil tindakan untuk keluar sahaja daripada pentadbiran Kerajaan Selangor.

Tindakan ini baru lihat kesungguhan  DAP dalam melakukan penentangan terhadap PAS dan bukan hanya bercakap  tanpa hujung pangkal serta terus menerus menyalahkan orang lain dalam  hal berkaitan dengan RUU 355.

DAP dalam usaha menghasut pihak lain dan menyalahkan pihak lain dalam isu RUU 355 ini dilihat tidak matang dan bersikap sebagai pengadu domba dalam usaha menolak sokongan  terhadap usul yang bakal dibuat oleh Hadi

RUU 355 dilihat oleh DAP sebagai satu usul yang bakal mengagalkan agenda mereka untuk meruntuhkan kemartabatan Agama Islam di Malaysia. DAP yang memperjuangkan  konsep Liberal dan samarata dalam semua aspek politik dan kehidupan melihat RUU 355 ini adalah ancaman terbesar mereka.

DAP tidak sepatutnya menyalahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan disebabkan tindakan PAS kerana DAP merupakan sekutu PAS dalam kerajaan Selangor. Langkah terbaik ialah DAP keluar dari pentadbiran Selangor bukan bertindak  sebagaimana sekarang.

Daripada DAP menyalahkan pihak lain disebabkan tindakan PAS, DAP sepatutnya mengambil tanggunggjawab yang positif dan melakukan “penyingkiran diri” dan bukan  bekerjasama dengan PAS dalam pentadbiran Selangor

Persolan yang paling besar, mampukah DAP untuk melakukanya, Umum mengetahui bahawa Selangor merupakan “gedung Keuntungan” bagi Pakatan dan  ianya merupakan lubuk kepada kekayaan pemimpin Selangor.

Prinsip perjuangan DAP mesti jelas, Guan Eng seharusnya menyarankan kepada semua  pemimpin DAP Selangor  meninggalkan kerusi pentadbiran negeri itu jika  tidak bersetuju dengan RUU 355 yang bakal dibentangkan oleh Hadi.

Umum mengetahui bahawa RUU 355 ini langsung tidak berkaitan dengan komposisi kaum yang lain dan ianya hanya untuk umat Islam yang melanggar syariah dan akan berhadapan dengan hukuman menurut agama Islam.

Tetapi , umum kenal tingkah laku DAP yang suka memutar belitkan sesuatu yang bukan hak dan bidang mereka, mereka akan memanipulasikan segalanya agar tidak terlaksana. Bukan isu RUU 355 ini sahaja malah apa juga yang tidak memberikan keuntungan kepada mereka.

Tentangan yang dibuat oleh DAP, PKR dan PAN adalah hanya berkisar kepada kebimbangan sahaja dan bukan kepada  kebaikan RUU355 tersebut.. Kebimbangan itu adalah kerana ketakutan mereka terhukum akibat perangai mereka ,  sokongan politik dan agenda politik apabila RUU 355 diluluskan

Untuk bukan Islam, tidak masuk akal mereka  bimbang dalam hal ini, Ini adalah pembentangan yang akan memihak kepada orang beragama Islam , apakah dengan pembentangan RUU 355 ini telah menjadikan DAP, itu Islam.

Parti sekular itu menganggap rang undang-undang yang dibentangkan oleh PAS itu sebagai usaha permulaan PAS untuk memperkenalkan undang-undang hudud yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara

DAP sebuah parti yang berfahaman komunis sudah pastinya dari awal dan akhirnya akan menolak agama lain sebagai  agenda perjuangan dan mereka akan terus memperjuangkan apa yang mereka lihat sebagai  keuntungan kepada mereka.

Justeru itu umat Islam tidak seharusnya  terpengaruh dengan permainan DAP yang mana menggunakan perkataan “kebimbangan”  sebagai alasan untuk menyelamatkan rakyat sedangkan mereka bukan dari kelompok yang akan menerima kesan tersebut.

Image | This entry was posted in DAP Terus Menjadi “Islam” bila RUU 355 Mahu Di Bentangkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s