Perkhidmatan MyBas Perak Mohon Penambahan Perkhidmatan dan Laluan Pada 2017


Oleh rmf

Related imagePada 1 Jun 2016  Pengguna bas di Ipoh kini dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mudah dengan pengenalan perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).

Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Perak Transit Berhad ini menawarkan laluan di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan luar daerah tersebut dengan kadar tambang serendah RM1.00.

Diantara laluan cadangan yang telah ditetapkan pada masa itu ialah dibeberapa laluan yang menjadi tumpuan dan keperluan pengguna pengangkutan awam. Laluan laluan tersebut adalah perkhidmatan T30a (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya), T30b (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya – Chemor), T34 (Stesen Bas Ipoh – RTC Gopeng), T37 (Stesen Bas Ipoh – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah – Terminal Amanjaya), F303 (Stesen Bas Ipoh – Oldtown Ipoh, perkhidmatan ‘loop’) dan F304 (Stesen Bas Ipoh – Jusco Ipoh).

SPAD dalam usaha untuk melihat perkembangan terkini perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyBas akan mengkaji data data  dan tahap penggunaan  yang telah dihasilkan melalui jumlah penggunaan pengangkutan awam ini.

Seterus nya melalui kajian tersebut , SPAD akan memikirkan satu bentuk alternative  samaada untuk melakukan penambahan laluan sedia ada  dengan mengwujudkan perkhidmatan MyBas  di kawasan kawasan yang memerlukan.

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini membangkitkan mengenai penambahan laluan di negeri ini terutamanya di kawasan berpenduduk padat seperti Manjoi. Pertanyaan ini diutarakan oleh YB Mohammad Ziad yang mahu memastikan akses MyBas dapat dinikmati rakyat negeri ini.

Pertanyaan tersebut dijawab oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (BN Chenderian) yang menurutnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada.

Kadar tambang yang dikenakan berdasarkan jarak perjalanan dengan harga serendah RM1.00 bagi perjalanan tertentu. Semua kenderaan myBAS Ipoh mempunyai ciri-ciri seperti perkhidmatan bas yang dilengkapi dengan penyaman udara, kerusi yang selesa dan pemantauan menerusi sistem GPS.

Dalam pelaksanaan menyeluruh myBAS Ipoh yang akan datang, lebih banyak lagi laluan akan diperkenalkan untuk rakyat Ipoh jika peningkatan penggunaan MyBas  mencapai sebanyak 75%  dikawasan kawasan laluan yang ditetapkan.

Menurut Dr Mah, MyBas semasa dilancarkan ia mempunyai dua fasa dan meliputi 19 laluan..kami memuji sikap wakil rakyat Manjoi ini yang peka tentang keperluan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan awam.

Transformasi pengangkutan awam ini sekali gus telah melonjakkan perkhidmatan  ke kawasan luar Bandar yang mana tidak mempunyai  kemudahan pengangkutan untuk rakyat yang memerlukan. Dalam memberikan kemudahan ini SPAD dan kerajaan terus akan menyediakan kemudahan walaupun ianya bukan berskala menguntungkan.

Program Transformasi Perkhidmatan Bas yang telah diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib sedikit masa lalu telah direalisasikan oleh SPAD dalam memastikan rakyat tidak dipinggirkan dalam menikmati arus permodenan dalam segala aspek.

 

Image | This entry was posted in Perkhidmatan MyBas Perak Mohon Penambahan Perkhidmatan dan Laluan Pada 2017 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s