Khusairi -UMNO Perak Akan Mengambil Semangat PAU 2016 Untuk PRU14


Oleh rmf

khusairi-talib1KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berharap Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan datang akan menjadi landasan terbaik buat UMNO negeri menerima suntikan semangat untuk bersiap siaga berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian yang dicapai sebelum ini.

Justeru beliau penuh yakin semangat yang akan dibangkitkan nanti dapat dibawa pulang dan dijadikan nilai tambah terhadap kesiap siagaan UMNO negeri bagi mendepani cabaran dan juga persiapan menjelangnya pilihan raya umum nanti.

“Yang pasti kemenangan bukanlah sesuatu yang mudah. Atas dasar itulah kita sentiasa fokus terhadap pilihan raya. Malah kita ada cara tersendiri untuk ‘target’ kemenangan dalam PRU akan datang selain sistem yang akan tentukan sasaran dalam mencapai apa yang Barisan Nasional (BN) hajatkan.

“Contohnya pada PRU kali ini kita sasarkan lebih daripada yang kita dapat sebelum ini dan tumpuan kita adalah untuk pastikan semua kawasan yang disasarkan itu mencapai kemenangan,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengharapkan ucapan daripada pemimpin serta perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti menjurus kepada semangat untuk berdepan pilihan raya umum dalam usaha membangkitkan ‘mood’ pilihan raya di kalangan pimpinan parti dan juga ahli di akar umbi.

“Akar umbi adalah merupakan kekuatan kepada parti. Ini memang tidak dapat dinafikan. Namun begitu kita juga perlu lihat kepada bukan ahli parti termasuk yang atas pagar dan sebagainya.

“Mereka juga merupakan pengundi di dalam pilihan raya. Dan pastinya apa yang dilakukan di dalam UMNO sentiasa akan jadi perhatian dan dinilai oleh mereka yang berada di atas pagar dan dari situ kita harapkan perjalanan kita, perjuangan kita dan pelaksanaan kita berada di landasan yang benar,” ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut membidas pembangkang yang berpolitik sepanjang masa dan bukannya sama-sama membantu kerajaan yang telah dipilih untuk bergerak bersama.

“Mereka mahu melemahkan kerajaan. Kita tengok negara lain apabila selesai pilihan raya umum biasanya mereka akan fokus kepada pembangunan negara atau negeri tetapi kita di sini tidak menunjukkan sikap sedemikian.

“Mereka lebih suka berpolitik baik sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya dan menjelang pilihan raya akan datang. Tanam kebencian di kalangan rakyat terhadap pelbagai usaha oleh kerajaan dan juga kemajuan yang hendak dibawa.

“Semua bertujuan untuk memburukkan kerajaan, dan timbulkan rasa resah di kalangan rakyat,” ujarnya.MediaUMNO

Image | This entry was posted in Khusairi -UMNO Perak Akan Mengambil Semangat PAU 2016 Untuk PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s