Tiong Lai- Bersih 5.0 Hanya Perlaksanaan Agenda  Politik Yang Tidak Kesampaian


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai

Kekurangan sokongan orang Melayu pada Bersih 5.0 juga me­nunjukkan Parti yang diterajui  bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal memperoleh sokongan padu daripada orang Melayu .

Kegagalan ini serkali gus menunjukkan bahawa kehadiran Mahathir , Muhyiddin adalah bukan diantara factor yang boleh menyebabkan peningkatan sokongan terhadap demontrasi Bersih 5.0.  Kegagalan ini juga boleh ditafsirkan bahawa  Mahathir bukan lagi pilihan sebagaimana sebelum ini.

Bersih 5.0 adalah agenda yang samar diperjuangkan oleh  DAP dan sekutu mereka untuk mengaburi mata rakyat. Perjuangan untuk menuntut pilihanraya bersih adalah hanya momokan untuk memperlihatkan kepada rakyat bahawa terdapatnya salah laku didalam Pilihanraya.

Image result for bersih 5

Perjuangan Bersih 5.0 itu telah diselewengkan daripada matlamat asal oleh Dr. Mahathir yang secara terang-terangan mahu penyokong Bersih keluar untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Isu yang ditimbulkan ketika perhimpunan haram Bersih 5.0 berlangsung hanya semata-mata untuk menyembunyikan beberapa  isu yang melibatkan kepentingan  diri tanpa mempunyai fakta kukuh.

Bagi kumpulan Bersih 5.0 matlamatnya adalah menghalalkan cara, namun sepatutnya mereka berhenti daripada menggunakan pendekatan aired our dirty linen in public iaitu masalah dalaman kita, biar kita selesaikan tanpa perlu hebahkan kepada satu dunia.

Tidak kena cara, mereka menjemput beberapa orang peserta dari Negara luar untuk  bersama kedalam Bersih 5.0, Apakah ini bertujuan untuk mencampurkan isu dalaman politik Negara agar mendapat tempat di media asing dan untuk menunjukkan bahawa Bersih  5.0 disokong sepenuhnya bukan sahaja rakyat Malaysia.

Jika difikirkan secara matang dan logic Bersih 5.0 pada kali ini  disertai oleh cerdik pandai seperti peguam, ahli perniagaan, profesional serta wakil rakyat dan jika benar-benar mahu menawarkan cara bagaimana untuk memastikan sistem pilihan raya kita adil dan bersih, gunakanlah cara lebih berhemah

Namun di antara mereka ini langsung tidak menunjukkan cara yang terbaik, malah hanya  bersetuju untuk menyatakan bantaha melalui demontrasi yang bukan jalan peyelesaian yang sebenarnya terhadap isu yang dibangkitkan dari Bersih 1,2,3,4 dan 5.

Angka rasmi itu disahkan pihak polis Kuala Lumpur hasil pemantauan rapi dengan mengambil kira waktu puncak demonstrasi berlangsung iaitu pukul 2.30 petang susulan kehadiran secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itulah angka rasmi dikeluarkan pihak berkuasa yang lazim menjadi rujukan kebanyakan organisasi media tempatan dan antarabangsa jika berlaku sebarang acara keramaian melibatkan penyertaan jumlah peserta agak tinggi.

Untuk rekod, tahun lalu ketika berlangsung Bersih 4 selama dua hari menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos, portal pembangkang melaporkan seramai 500,000 peserta menyertai perhimpunan tanpa permit tersebut.

Mengulas isu Bersih 5.0 yang telah berlansung , Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai secara terbuka mengutuk keras himpunan berkenaan. Tiong lai beranggapan bahawa perhimpunan yang tidak memberikan faedah kepada  Negara dan memcalarkan lagi pandangan dunia terhadap Malaysia.

Perkara yang paling nyata berlaku ialah  bagaimana kekotoran yang ditinggalkan oleh peserta Bersih 5.-0 dengan sampah sarap yang bertaburan. Apakah dengan sampah yang ditinggalkan itu boleh dinamakan Bersih?

Tiong Lai secara tegas menyatakan bahawa perhimpunan Bersih 5.0 ini adalah  bukan cara MCA untuk mennagani masalah yang berbangkit. MCA ada cara tersendiri dan melakukannya dengan cara yang berhemah.

Secara tidak langsung , perhimpunan Bersih 5.0 telah memaparkan banyak perkara yang  serbelum ini dinafikan penglibatan pembangkang didalamnya.

Perhimpunan yang telah menghina system demokrasi dimana setiap pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya yang telus dan berkecuali telah dinafikan oleh Bersih 5.0.

Jika kita mengumpulkan pandangan rakyat di Malaysia, rata rata diantara mereka akan  mengharapkan n kestabilan ekonomi, ketenangan dan keharmoniaan dan hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

Rakyat kini telah mula membuka mata  dan melakukan penilaian terhadap agenda Bersih secara mendalam.

MCA menyokong Pilihan Raya yang bersih tetapi pembangkang menggunakan BERSIH untuk dijadikan alat pembangkang mencapai matlamat peribadi yang jauh menyimpang dengan kehendak demokrasi.

Pilihanraya bersih yang telah dinikmati oleh  pemimpin pembangkang sehingga mereka boleh memerintah ditiga buah negeri termasuk Kelantan. Apakah Pilihanraya di Malaysia tidak bersih lagi?

Bersih akan dikenang sebagai satu NGO yang gagal. Apa yang rakyat ingat dan kenang adalah keganasan demo Bersih. Kerugian peniaga, kereta polis diterbalik dan kelakuan ganas pendemo Bersih. Itulah “trademark” yang Bersih tinggalkan selepas berakhirnya demo.

Image | This entry was posted in Tiong Lai- Bersih 5.0 Hanya Perlaksanaan Agenda  Politik Yang Tidak Kesampaian and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s