SPAD-Persaingan Sihat Dalam Perkhidmatan Pengangkutan Awam Apabila E-hailling Dilancarkan


Oleh rmf

Image result for Teksi dan uber

Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota.

Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.

SPAD dalam kajian  yang dilakukan telah merngenal pasti kelemahan yang ada sebelum ini, dengan transformasi yang dijalankan peningkatkan kebolehpercayaan penggunakaan perkhidmatan dengan memberi fokus kepada ketepatan masa dengan penjadualan semula pengangkutan awam.

Penumpang semakin hari semakin  mengejar masa dalam kerjaya sudah pastinya akan memerlukan satu perkhidmatan yang  mempunyai daya penarikan serta  kualiti perjalanan semasa menggunakan pengangkutan awam.pengangkutan awam

Untuk memastikan  rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam. SPAD terus melakukan penambahbaikan system yang sedia ada dengan membina hentian bersepadu seperti TBS  yang mana dilengkapi dengan system keselamatan dan kemudahan segala perkhidmatan yang disediakan untuk penumpang.

Keberkesanan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam darat juga tidak akan berjaya jika sekiranya  SPAD gagal m enyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.

Dalam memastikan semua perkhidmatan dapat dicapai dengan mudah baru baru ini system E-hailling telah dilancarkan dan ianya dipantau sepenuhnya oleh SPAD. Sistem ini akan dibentangkan di Parlimen  untuk kelulusan yang dijangkan akan dibuat pada 2017.

Jikalau semua berjanalan lancar, ini bermakna SPAD akan mengendalikan sistem e-hailing yang mana akan mengupayakan operasi UBER dan Grab Car di negara kita..ini bukan mengecilkan periuk nasi pemandu teksi.

E-Hailling diperkenalkan adalah untuk memudahkan penumpang memilih perkhidmatan yang mereka inginkan. Setiap perkhidmatan yang terbaik sudah pastinya kan mendapat tempat dihati pengguna.

Dalam hal ini pemandu teksi tidak usah bimbang kerana persaingan sihat perlu bagi meningkkatkan kualiti perkhidmatan. Justeru itu seharusnya pemandu teksiu bersaing dan  terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melaksanakan langkah-langkah segera di bawah program Transformasi Teksi Industri (TITP). SPAD dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa langkah-langkah tersebut merupakan inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, iaitu liberalisasi permit kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak iaitu permit yang berkontrak.

Sejak 1 September lalu, 1,600 permohonan telah diterima, menurut SPAD.Inisiatif ini terus diterima baik oleh pemandu teksi kerana ia menyediakan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi mereka.

Bagi aplikasi E-hailing, suruhanjaya itu telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan.

Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen. SPAD berkata kelulusan oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017.

Apabila pindaan kepada undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen, spad berkata pihaknya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi E-hailing.

Pada Isnin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa SPAD untuk mempercepatkan pindaan undang-undang untuk mengawal selia kereta Uber dan GrabCar dalam usaha untuk menyediakan satu platform yang sama antara perkhidmatan perkongsian perjalanan baru dan teksi tempatan.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk mengawal selia Uber dan GrabCar kerana tidak ada undang-undang yang mengawal mereka dan terdapat keperluan untuk mewujudkan satu platform yang sama bagi ketiga-tiga parti, termasuk teksi.

Pada Ogos, SPAD melaporkan ia telah menggariskan rancangan untuk meningkatkan industri teksi di Malaysia.

Image | This entry was posted in SPAD-Persaingan Sihat Dalam Perkhidmatan Pengangkutan Awam Apabila E-hailling Dilancarkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s