1 MCA – Jaminan Sokongan Kearah Kemenangan BN Pada PRU14


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai

BN masih ada dua tahun untuk merancang strategi dan melaksanakan kempen bagi menjamin kemenangan dalam PRU ke-14. Walaupun semua parti komponan BN dilanda pelbagai krisis dalaman  malah dilema kemerosotan sokongan rakyat kerana faktor usia, UMNO dilihat masih kuat, yakin dan optimis dalam menjamin kemenangan dalam PRU ke-14.

Beberapa adegan terbaru dalam pentas politik pembangkang dilihat akan  memberikan ruang dan peluang kepada BN untuk terus menang dan mengekal kuasa dalam mentadbir negara ini.

Undi Melayu dijangka akan terpecah berbanding undi Cina dan India. Walaupun pengundi Cina umumnya dianggap akan memihak DAP, mereka dijangka menyokong  BN kerana Najib berjaya mengurus ekonomi negara dengan cemerlang dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Semenjak MCA melakukan transformasi dalam organisasi, MCA telah berjaya membuktikan apa yang mereka rencanakan menjadi kenyataan dan pada dua pilihan raya kecil parlimen telah membuktikan peningkatan sokongan kaum Cina terhadap BN sebanyak 35 peratus, berbanding hanya 13 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Datuk Seri Liow berkata MCA telah mula mendekati pengundi terutamanya kaum Cina bagi memberi penerangan secara telus mengenai isu semasa yang melanda negara, termasuk isu ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, juga memaklumkan kebangkitan semula parti itu setelah mengalami tsunami politik dalaman berikutan pencapaian buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.

MCA juga berikrar akan sentiasa meneruskan perjuangan dan terus menyokong kepimpinan perdana menteri untuk melaksanakan dasar kesederhanaan, keharmonian, dan perpaduan dalam kepelbagaian, selaras dengan semangat yang didokong BN

Sebagai langkah pencapaian kecemerlangan, MCA juga telah mula melaksanakan Sistem Penunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menyiapkan jentera partinya di peringkat bahagian.

“Kita telah menetapkan KPI di setiap bahagian supaya apabila mereka buat sesuatu mereka akan mendapat markah. Setiap bahagian akan ada sistem pemarkahan tertentu sama ada mendapat 20, 30 atau 60 markah supaya kita tahu persediaan di bahagian mana yang sudah bersiap sedia,” katanya lagi.

Kegagalan meraih kerusi pada PRU yang lalu telah menyebabkan MCA dengan rasa bertanggungjwab dan peka pada keadaan semasa dan kegelisahan rakyat pernah menolak jawatan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tindakan yang diambil oleh MCA ini dilihat satu kematangan politik dan menyedari kesilapan yang dilakukan.

Tindakan MCA tersebut telah membuang jauh persepsi  bahawa MCA serta anggotanya sebuah parti yang mengejar jawatan walaupun telah gagal membantu Bariasan Nasional dalam Pilihanraya.

Perdana Menteri DS Najib turut merasa lega dengan jaminan ini dan menyatakan “Saya berasa amat lega apabila Presiden MCA memberi jaminan kepada saya bahawa saya akan berurusan dengan 1 MCA dan bukan berpuak puak” kata Perdana Menteri.

Jaminan yang diberikan oleh Tiong lai kepada Perdana Menteri menunjukkan keyakinan MCA dalam dalam kepelbagaian usaha untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina  kembali menyokong  kerajaan dan Barisan Nasional.

MCA hari ni  melalui transformasi yang dilancarkan sedikit masa lalu telah menunjukkan perkembangan yang cukup positif melalui gerak kerja yang dilancarkan  kepada semua golongan masyarakat terutama masyarakat Cina.

Pelbagai usaha dilakukan melalui program program serta kebajikan rakyat telah dilakukan. Seluruh anggota MCA seluruh Negara kini dibawah satu payung kerjasama yang jitu untuk memastikan sokongan akan kembali semula kepada kerajaan

Sehingga hari ini, setelah dikecam hebat susulan kegagalan mempertahankan kerusi pada PRU 13 yang lalu, MCA telah mengorak langkah padu dengan melakukan pelbagai bentuk  perubahan dalam organisasi dengan bermatlamatkan akan mendapat sokongan semula  dan seterusnya  mengembalikan keyakinan rakyat berbangsa Cina kepada MCA.

MCA parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional terus  berganding tenaga bersama pemimpin UMNO dalam mengwujudkan serta memperkasakan  semangat  dalam satu bentuk kerjasama, Setiakawan yang sejati didalam politik Negara.

MCA bertekad akan terus bersama-sama bersatu padu berganding bahu dalam memastikan bukan sahaja kesinambungan BN terjamin, malah apa yang lebih utama ialah memastikan masa hadapan bumi Malaysia yang tercinta ini terjamin, aman dan makmur selama-lamanya

Image | This entry was posted in 1 MCA – Jaminan Sokongan Kearah Kemenangan BN Pada PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s