Transformasi Pengangkutan Awam-Apakah MTS (Intelligent Multi-mode Sistem Transit) Kenderaan Masa Hadapan Di Malaysia


Oleh rmf

Related image

Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan lancar.

Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Sistem pengangkutan yang mesra alam  mungkin akan diperkenalkan untuk masa akan datang kedalam negara ini.

Meningkatkan system tren dalam Negara sedikit sebanyak telah mengurangkan kesesakan  kenderaan dijalanraya dan menjadikan system ini lebih efisien  untuk dikembangkan dimasa akan datang serta diperluaskan  secara maksimun jika ianya memberikan impak yang besar terhadap pertubuhan ekonomi Negara.

Pengangkutan Awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Situasi ini jelas menunjukkan penggunaan pengangkutan awam moden telah memudahkan perjalanan bagi jarak yang amat jauh melangkaui sempadan antarabangsa. Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas

Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib yang telah berikrar akan mentransformasikan industri pengangkutan awam darat ketika awal penubuhan SPAD.

Sehingga hari ini telah banyak transformasi telah dilakukan baik dari segi LRT, TREN, Bas Antara Bandar, Bas Dalam Bandar,Teksi dan terkini aplikasi teksi atas talian terkenal diseluruh dunia bakal menjadi nyata untuk beroperasi di negara kita.

Setakat ini banyak perubahan telah dilakukan dari sudut penambahan infrastruktur dan penambahbaikkan sistem bagi melicinkan perjalanan pengangkutan awam di negara kita.

Kita amat mengharapkan  dengan usahasama  dan pertukaran teknologi diantara Malaysia Jepun akan dapat miningkatkan satu system rel yang cukup hebat dan sejajar dengan rancangan T50 yang dicadangkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi Negara maju.

MTS (Intelligent Multi-mode Sistem Transit) adalah sistem transit yang menggabungkan kelebihan kereta api dan pengangkutan bas. Kenderaan bergerak dalam rel tunggal di bawah pemanduan automatik pada jalan yang berdedikasi tetapi juga boleh dipandu secara manual di atas jalan awam.

Di tengah-tengah kepesatan transformasi dan  kepentingan sistem transit awam sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar yang disebabkan oleh pengangkutan bandar, seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, dan kemalangan jalan raya,

Segala usaha membangunkan IMTS, yang menawarkan kos rendah dan kesan alam sekitar sedikit seharusnya dibuat satu kajian yang mendalam. untuk kegunaan rakyat didalam bandar bandar yang berskala besar dan juga jarak sederhana.

Pada tahun 2001, ianya telah diperkenalkan di Taman England Hill Area Awaji Farm di Awaji Island, sebagai satu cara untuk pengangkutan dalam taman tema. Kira-kira 700,000 pengunjung telah menggunakan perkhidmatan  IMTS dan ianya merupakan satu system penangkutan yang mesra alam dan  selesa..

“EXPO 2005 Aichi, Jepun” yang akan diadakan di Aichi Prefecture pada tahun 2005 telah menggunakan system pengangkutan ini juga  sebagai langkah memperkenalkan kepada  pengunjung.

Begitu juga mungkin pada masa akan datang system IMTS iaitu Intelligent Multimode Transit System akan dibina di Malaysia  dan menjadikan sistem pengangkutan darat di Malaysia.

Sistem pengangkutan awam yang menggunakan bas tetapi bergerak automatik tanpa pemandu. Bas ini bergerak berpandukan dot-dot magnet di tengah jalan raya dan tidak menggunakan rel. Boleh digunakan tanpa pemandu atau dengan pemandu.

Justeru itu, seharusnya  rakyat Malaysia bersama sama terus menyokong segala usaha kerajaan dalam apa juga  perancangan masa hadapan demi meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat agar ianya setandinbg dengan perkembangan teknologi masa kini dan akan datang.

 

Image | This entry was posted in Transformasi Pengangkutan Awam-Apakah MTS (Intelligent Multi-mode Sistem Transit) Kenderaan Masa Hadapan Di Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s