Fasa pertama Projek MRT -Sungai Buloh – Kajang (SBK) Siap Dan Bakal Beroperasi 16 Disember 2016


Oleh rmf

SPAD memainkan peranannya dalam memastikan perlaksanaan projek yang dibangunkan oleh kerajaan dalam system pengangkutan awam darat berjalan dengan jayanya dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pengaangkutan awam  merupakan satu keperluaan asas yang mana perlu dinaiktarafkan demi memastikan rakyat dapat menggunakan site mini secara optimum dan memenuhi segala keperluan dan kemudahan mengikut peredaran masa.

Dimasa kini sambutan   masyarakat   kepada   pengangkutan   awam   amat   menggalakkan   di sesetengah tempat. Hari ini  Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di bandar – bandar besar.

Walaubagaimanapun   pengurusan   sistem   pengangkutan   awam   di   Negara   kita sedang menuju ke satu arah penambahbaikan sistem yang ber sistematik , efisyen dan efektif. Penyelarasan atau garispanduan   untuk   mewujudkan   satu   sistem   yang berkesan   dalam   mengendalikan operasi pengangkutan awam di  seluruh  Malaysia sedang giat dilakukan .

Projek Transit Aliran Masa atau MRT adalah salah satu pembagunan projek untuk meningkatkan system pengangkutan awam darat yang kini dalam pembinaan. Projek yang menghubungkan laluan Sunagi Buluh dan Kajang  iaitu merupakan fasa pertama pembinaan  telah siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Laluan ini akan memulakan operasi pertamanya dinagkakan pada  16 Disember setelah berjaya memenuhi syarat jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Berikut adalah  kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Hj. Shukri , Menteri di Jabatan Perdana Menteri

PEMBINAAN FASA PERTAMA PROJEK MRT LALUAN SATU SIAP IKUT JADUAL- PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT YANG LEBIH BERSEPADU

Kuala Lumpur, 15 November- Penyiapan  Fasa pertama projek Aliran Transit Massa (MRT) MRT Laluan 1 Sungai Buloh – Kajang (SBK) yang bakal memulakan operasinya pada 16 Disember tahun ini merupakan pencapaian yang membanggakan kerana ia berjaya memenuhi syarat jadual dan lingkungan bajet yang ditetapkan oleh Kerajaan.

 “Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi juga membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain,” kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 “Dengan pelaksanaan projek MRT ini juga, selain daripada memantapkan lagi pengangkutan awam darat di negara ini, ia akan turut membuka peluang perniagaan yang baru sekaligus akan meletakkan imej Kuala Lumpur sebaris dengan bandar raya utama di dunia. Tambang MRT Laluan 1 ini telahpun dipertimbang dan diluluskan oleh Kabinet dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Prasarana, iaitu pengendali perkhidmatan MRT ini,” ulas beliau.

Sebanyak 120 buah bas perantara (feeder bus) akan disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu, iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan. Secara umumnya, reaksi rakyat terhadap Projek MRT Laluan 1 ini semakin positif kerana mereka melihat projek itu bukan sahaja membantu penghuni di Kuala Lumpur dari segi pengangkutan awam darat, malah dari segi peningkatan nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen MRT.

Kira-kira 400,000 orang dianggarkan akan menggunakan laluan MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK) sebaik sahaja laluan SBK mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017. Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Mempertingkatkan pengangkutan awam darat di bandar merupakan salah satu cabang utama di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Disebabkan potensinya yang begitu signifikan untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi, Kerajaan tetap komited untuk memperuntukkan pelaburan yang besar bagi membina infrastruktur dan membangunkan dasar pengangkutan awam darat yang mapan. Malah, manfaat ekonomi daripada pengangkutan awam darat begitu ketara sehinggakan salah satu projek utama iaitu pembinaan sistem MRT telah disenaraikan sebagai salah satu projek penting dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Greater Kuala Lumpur/Lembah Kelang.

Dato’ Sri Hajah Nancy Hj. Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
15 November 2016

PUTRAJAYA

Image | This entry was posted in Fasa pertama Projek MRT -Sungai Buloh – Kajang (SBK) Siap Dan Bakal Beroperasi 16 Disember 2016 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s