Memperkemaskan Sistem Pengangkutan Awam Darat -Dua Lagi Terminal Bersepadu Akan Siap Tahun 2020


Oleh rmf

Image result for Terminal bersepaduMemperkemaskan lagi sistem  pengangkutan awam darat adalah matlamat jangka panjang yang dirancang oleh kerajaan dalam memastikan pasarana   lengkap dan selesa untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara.

 Bukan itu sahaja system yang bersepadu  seharusnya difikirkan  untuk memudahkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam darat yang lebih selesa dan bersistematik. Langkah penambahbaikan serta  menaiktaraf mutu perkhidmatan adalah penting sekali.

Kerajaan dalam kepelbagaian  usaha dan laporan yang diterima mengambil pendekatan proaktif dalam  memastikan kekurangan yang ada didalam sitem pengangkutan awam darat  diperkemaskan lagi.

Justeru itu, melihat kepada  keperluan tersebut, kerajaan dijangka akan  menambah dua lagi terminal bersepadu untuk kemudahan orang ramai mendapat perkhidmatan yang terbaik, bersih dan bersistematik.

Untuk rekod -Kerajaan bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.

Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015, inisiatif tersebut bertujuan menampung kapasiti terminal sedia ada yang semakin sesak berikutan permintaan yang tinggi, sejajar dengan hasil peluasan rangkaian pengakutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur.

Pembinaan TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Menurut PTPAD, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan turut menambah kira-kira 30 kemudahan Park & Ride menjelang 2019 di kawasan berkepadatan tinggi di sekitar bandar.

SPAD juga bakal melancarkan Aplikasi Perancang Perjalanan menjelang akhir tahun ini serta melaksanakan sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) pada 2018 yang akan menggantikan kad baharu seakan-akan MyRapid.

Menurut laporan PTPAD, ICPS yang kan menyeragamkan sistem tambang yang lebih lancar dan murah daripada operator berbeza turut dilaksanakan terhadap pengguna Park & Ride yang melaluinya, pembayaran transit dapat dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM dan debit baharu.

Laporan PTPAD dikeluarkan sempena Simposium Tahunan Pengangkutan Awam Darat 2016 dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. –

Image | This entry was posted in Memperkemaskan Sistem Pengangkutan Awam Darat -Dua Lagi Terminal Bersepadu Akan Siap Tahun 2020 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s