Liow Tiong Lai- Inap Desa Sebagai Sumber Pendapatan Baru  Untuk Perkampungan Baru Cina


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai

Pelancongan sebagai satu industri yang dinamik dapat menawarkan komuniti dalam semua bentuk dan saiz termasuklah komuniti luar bandar yang terlibat dengan inap desa atau lebih dikenali sebagai “homestay”,

Dalam memajukan Industri pelancongan negara  pelbagai usaha dan perancangan sedang dan telah dirancang terutamanya oleh pelbagai agensi kerajaan bagi terus memajukan industri ‘homestay’ini terutamanya dalam meningkatkan sumbangannya terhadap aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia.

Inap desa atau lebih dikenali sebagai ‘homestay”merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia dan menjadi satu program yang sering mendapat perhatian kerajaan dan agensi berkaitan sejak kebelakangan ini.

Jika sebelum ini kebanyakan penduduk luar bandar hanya bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka, tetapi dengan wujudnya Program Inap Desa atau “homestay’ masyarakat kampung  telah membuka  peluang untuk menceburi dan mengusahakan aktiviti ekonomi baru yang berkaitan sektor pelancongan.

Dengan cara ini juga mereka mampu untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan mereka tidak lagi hanya bergantung kepada aktiviti pertanian semata-mata. Justeru, penglibatan dan komitmen tinggi daripada penduduk setempat amatlah diperlukan dalam menjayakan gagasan pembangunan inap desa yang mapan agar kerosakan dan kemusnahan alam semulajadi dan elemen warisan budaya dapat dikurangkan atau dielakkan.

Image result for Inap desa

Umumnya inap desa atau “homestay’  yang berbeza pastinya menawarkan bentuk-bentuk aktiviti yang berlainan bergantung kepada aspek-aspek setempat seperti lokasi, budaya, kepelbagaian makanan dan kegiatan ekonomi. Setiap sebuah negeri di Malaysia mempunyai keunikan dan tarikannya tersendiri

Atas kesederan ini, serta potensi yang cukup luas untuk dikembangkan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai melihat potensi Kampung Baru boleh diperkembangkan sebagai ruang menjana pendapatan dalam industri “homestay” jika ianya dilakukan dengan cara yang sistematik dan berkesan.

.“Perkampungan ini tidak perlu lagi tersekat dalam kepompong lama dam ekonomi di situ boleh di pertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi”  kata Liow.

Saranan Datuk Seri Liow kepada masyarakat di kampung Baru Cina berdasarkan jangkaan kedatangan ramai pelancong dari negara China ketika mengikuti Perdana Menteri di dalam lawatan ke negara China baru baru ini.

Dalam siri lawatan ke negara China , telah diramalkan peningkatan pelancong dari negara itu dan persedian seharus nya di buat bagi menampung kehadhiran pelancong pelancong ini.

Malaysia bakal mengaut keuntungan dari hubungan bilateral kedua buah negara.

Datuk Seri Liow juga menekan kan betapa penting nya projek antara Malaysia -China di implementasikan secepat mungkin dan sebaik mungkin.

 “Rakyat akan dapat faedah dari hasil ekonomi yang baik dan tiada sesiapa yang bokeh menafikan nya” ujar Liow.

Kerajaan, menurut Datuk Liow , telah melakukan yang terbaik untuk menjana ekonomi dan da kejayaan hasil lawatan ke negara China sangat mengalakan.

Selain itu projek mega seperti ECRL yang sejauh 600km akan di mula kan dengan secepat mungkin dan projek ini adalah tanda kejayaan antara hubungan Malaysia China.

 

Image | This entry was posted in Liow Tiong Lai- Inap Desa Sebagai Sumber Pendapatan Baru  Untuk Perkampungan Baru Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s