SPAD Arahkan Kerja Baikpulih DiPercepatkan Dan Siasatan Dilakukan Segera Berhubung Kejadian Tren Tergelincir


Oleh rmf

kejadian Tren kargo itu dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Ipoh. - Foto Bernama

Perkhidmatan keretapi  Gemas –Kuala Lumpur – Padang Besar telah terganggu  berikutan satu kemalangan telah berlaku iaitu  insiden tren kargo telah tegelincir di KM200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah.

Susulan insiden tersebut sebanyak 12 ribu penumpang telah terkandas perjalanan, penumpang yang terkandas adalah yang menggunakn perkhidmatan ETS dari Gemas, Kuala Lumpur- Padang Besar.  Sebanyak 40 perjalanan ETS  menghadapi kesulitan berikutan insiden berkenaan.

Pihak KTMB telah mengambil tindakan pantas untuk memastikan perjalanan dapat diteruskan dengan menyediakan bas bas  transit untuk membawa penumpang dari  Stesen Kampar ke Ipoh dari arah Selatan dan  dari Stesen Ipoh ke Kampar bagi penumpang  yang menuju kearah utara..

Dalam hal yang demikian KTM telah membuat pilihan kepada penumpang  yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan boleh menebus semula wang tiket di mana-mana kaunter KTM berhampiran atau menghubungi talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang KTMB di http://www.ktmb.com.my,” katanya.

Berikutan kejadian tersebut SPAD dengan satu kenyataan media telah mengarahkan agar kesulitan yang dialami oleh penumpang akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin  dengan mempergiatkan kerja baik pulih landasan dilakukan  dengan segera.

Pada masa yang sama SPAD telah mengarahkan agar KTMB menyediakan satu laporan lengkap siasatan berhubung dengan kejadian  tren terbalik  dengan secepat mungkin. Siasatan  dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca kejadian dan  akan mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.

spad

Image | This entry was posted in SPAD Arahkan Kerja Baikpulih DiPercepatkan Dan Siasatan Dilakukan Segera Berhubung Kejadian Tren Tergelincir and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s