Wee Ka Siong Arah Bantuan Kemanusiaan MCA Membantu Mangsa Kebakaran Di Johor Bahru


Oleh rmf

Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat  turut bersedih dengan kejadian  kebakaran yang telah  berlaku di bagunan Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Tindakan pantas anggota bomba  telah dapat mengawal kebaran dari terus merebak ke bangunan lain. . Dalam kejadian tersebut yang telah meragut seramai 6 nyawa disifatkan satu kejadian yang amat menyedihkan dan difahamkan mangsa telah terperangkap dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian yang menyayat hati ini, difahamkan seramai 294 orang pesakit sedang dirawat di bangunan utama dan seramai 193 kakitangan hospital sedang bertugas sewaktu kejadian berlaku. Sementara itu didalam bilik  pemeriksaan rapi atau (ICU)  seramai  7 orang pesakit yang diselia oleh 8 orang kakitangan perubatan yang bertugas.

Semasa kejadian berlaku  hanya seorang pesakit daripada 8 orang dari unit ICU yang berjaya dibawa keluar dan semua kakitangan perubatan  selamat dan 3 diantaranya telah mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Merangkap Timbalan Presiden MCA , DS Dr Wee Ka Siong telah melahirkan rasa kesedihan  susulan kejadian kebakaran yang berlaku dan  mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat.

Wee Ka Siong  dalam memuatkan  status tersebut Wee Ka Siong berkata “Ucapan takziah kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terkorban di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Saya telah meminta MCA Johor mengerahkan CRSM untuk membantu. Saya turut meminta Naib Presiden MCA, YB Datin Paduka Chew Mei Fun bertolak ke Johor Bahru sekarang bagi membantu seboleh yang mungkin”

Bantuan segera dalam kepelbagaian bentuk  telah diarahkan oleh Wee  Ka Siong  kepada CRSM untuk membantu. Walaupun dari luar Negara, rasa tanggungjawab sebagai seorang pemimpin  terus dilaksanakan untuk meringankan beban yang ditanggung  ketika ini.

Dr Wee kini berada di Geneva untuk menghadiri mesyuarat Perhimpunan Kesatuan Parlimen Antarabangsa. Crisis Relief Squad MCA (CRSM) kita yakini kemampuan mereka dalam mengendalikan bantuan-bantuan kemanusiaan.

Dalam perkembangan yang sama, atas dasar perikemanusiaan, DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah bertitah supaya Wad DiRaja boleh digunakan untuk mangsa yang terpaksa dialihkan.

Sifat keperihatinan  Sultan Johor terhadap rakyat telah menunjukkan bahawa darjat bukan penghalang untuk seorang Raja atau Sultan  bersama  menyelami perasaan rakyat jelata ketika ini.

Untuk memudahkan lagi urusan pemindahan jika perlu dilakukan  Hospital-hospital swasta yang berada sekitar Johor Bahru memberikan kerja sama untuk menerima mangsa yang terpaksa dialihkan.

 

Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s