SPAD Hargai Nilai Murni Seorang Pemandu Teksi Yang Bertanggungjawab Serta Amanah


Oleh rmf

teksi

Nilai-nilai kejujuran memiliki sifat positif sehingga dapat diterapkan dimana saja dan sahaja kerana ianya akan dapat  diterima oleh siapa saja. Nilai ini dapat membentuk sikap yang didalamnya terkandung nilai-nilai kejujuran.  

Nilai tanggung jawab ialah kesadaran manusia atas tingkah lakunya, berbuat sebagai perwujudan kesedaran akan kewajibannya. Beberapa hal yang terkait erat dengan pengertian tanggung jawab di antaranya adalah hak dan kewajiban terhadap sesame manusia.  Selain daripada itu tanggungjawab terus berkisar kepada nilai diri dan juga berkait rapat dengan kejujuran.

Bukan mudah untuk melaksanakan nilai dan sikap yang sedemikian di zaman yang serba cangih dan memerlukan banyak pertimbangan yang waras. Cabaran cabaran yang mengganggu gugat pendirian kadang kalanya sesetengah pihak tersasar dengan apa yang mereka pegang selama ini.

Dalam hal yang sedemikian kekuatan  pegangan prinsip ditambah pula dengan pegangan agama yang kuat akan melahirkan seorang insan yang bersifar jujur dan amanah pada tugas serta tanggungjawabnya kepada orang lain.

Menjalani kehidupan yang serba kekurangan tidak menjerjaskan pegangan seorang pemandu teksi bajet  yang mana telah menunjukkan sikap amanah dan tanggungjawabnya kepada hak kepunyaan orang lain.

 Sikap ini telah menjadi amalan seorang pemandu teksi yang bernama Sarifudin Bin Guzaly yang mana  mencari sumber pendapatan  dengan membawa teksi bajet sebagai punca pendapata untuk menyara keluarganya.

Sarifudin  seorang pemandu teksi yang berumur 36 tahun  dalam satu kejadian dimana penumpangnya yang berasal dari luar Negara telah menyewa teksinya. Dalam kejadian tersebut pelancong asing tersebut telah  tertinggal sejumlah wang didalam teksi yang beliau naiki.

Seorang pelancong warga Eropah Mr. Albine D Conorio telah berkongsi penghargaan kepada pihak SPAD melalui emel dengan menyatakan penghargaan kepada pemandu ini disebabkan oleh ketulusan dan integriti beliau dengan menyerahkan sejumlah wang yang tertinggal di dalam kenderaan beliau. Pelancong merasakan sikap amanah dan terpuji yang ditunjukkan ini mampu untuk diteladani.

Sempena SIMPOSIUM PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2016 ANJURAN SPAD DAN PAMERAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT satu anugerah penghargaan telah diberikan kepada  encik Sarifudin bin Guzaly ini sebagai tanda penghargaan SPAD terhadap perkhidmatan cemerlang serta menaikkan nama baik pengusaha teksi dalam Negara ini.

Sekalung tahniah daripada pihak kami, kepada Encik Sarifuddin atas sikat yang amat bertanggungjawab  dan amanah serta jujur didalam menjalankan budaya kerja yang cemerlang dan terbaik

Image | This entry was posted in SPAD Hargai Nilai Murni Seorang Pemandu Teksi Yang Bertanggungjawab Serta Amanah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s