Ini Lah Muka Pengkhianat Bangsa Melayu Di Singapura Kini Jelmaannya Banyak Dalam Pakatan


Oleh rmf

othmanwok2015

OTHMAN WOK, itulah nama lelaki tua bersongkok dalam gambar ini. Dia bekas Menteri dan ahli parlimen PAP Kawasan Pasir Panjang, Singapore antara tahun 1963 sehingga 1977. Diawal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor Utusan Melayu, Singapura.

Othman Wok merupakan penyokong kuat Lee Kuan Yew yang membantu memperjuangkan hak samarata antara kaum dan dasar multi-perkauman dan juga seorang yang anti kepada sistem Raja-Raja Melayu (seperti apa yang PKR DAP perjuangkan).

Lee Kuan Yew (kiri) dan Othman Wook (kanan)

Lee Kuan Yew (kiri) dan Othman Wook (kanan)

Sebagai penyokong kuat Lee Kuan Yew, beliau banyak buat penulisan menghasut orang-orang Melayu supaya membenci perjuangan Tunku Abdul Rahman dan UMNO melalui penulisan didalam akhbar “Petir” suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP.

Antara penulisan beliau kononnya hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-Raja hanya retorik dan mainan politik Tunku bersama UMNO yang kononnya agenda Tunku adalah untuk merampas tanah orang-orang Melayu di Singapura.

Pada 1963, setelah Lee Kuan Yew dan PAP berjaya menguasai politik di Singapore, pada malam berpisahnya Singapore daripada Malaysia, Othman Wok dikatakan orang yang bertanggungjawab menulis skrip temuramah diantara BBC dengan Lee Kuan Yew yang mana siaran TV ketika malam itu menunjukkan Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura daripada Malaysia.

Sebenarnya itu hanyalah lakonan untuk menagih simpati dan sokongan orang Melayu terhadap Lee Kuan Yew dan membenci Tunku dan perjuangan UMNO.

Sebagai menghargai jasa atas kesanggupan Othman Wok mengkhianati kaumnya sendiri, Lee Kuan Yew telah melantik dia sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial didalam kerajaan Singapore dan berkhidmat selama 14 tahun.

Kemudiannya Othman Wok telah dilantik menjadi duta Singapore di Jakarta. Sepanjang menjadi menteri, Othman Wok pernah menyokong cadangan Lee Kuan Yew supaya jenazah orang-orang Islam dibakar sama seperti kaum lain atas alasan kekurangan tanah di Singapore.

Hari ini setelah memusnahkan harapan dan masa depan orang Melayu di Singapore, Othman Wok pun menyepikan diri dan menghabiskan sisa-sisa usia dengan menjadi seorang penulis buku cerita hantu dan seram yang paling popular di Singapore.

Bagi orang-orang Melayu di Singapore yang tahu sejarah ini, Othman Wok dikenang sebagai Pengkhianat bangsa Melayu yang paling terkutuk.

Hari ini di Malaysia pula, didalam kumpulan pembangkang terutama PKR dan DAP telah lahir ramai orang Melayu seperti Othman Wok yang cuba menghapus keistimewaan dan hak orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu dengan menyarung t-shirt Kuning BERSIH bersama-sama Lim Guan Eng dan DAP kononnya sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia tidak bersih.- Pautan 

Tinggalkanlah perjuangan seperti Othman Wok

Image | This entry was posted in Ini Lah Muka Pengkhianat Bangsa Melayu Di Singapura Kini Jelmaannya Banyak Dalam Pakatan and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Ini Lah Muka Pengkhianat Bangsa Melayu Di Singapura Kini Jelmaannya Banyak Dalam Pakatan

  1. Eldrizth says:

    Masaalahnya orang melayu sendiri masih belum sedar akan kelemahan mereka sendiri dan masih menuding jari diatas kegagalan mereka dan kejayaan bangsa lain. Dimanakah kejayaan orang melayu di Malaysia dengan perpecahan di dalam Umno sendiri dan kes 1MDB yg masih belum selesai lagi. Adakah Dr Mahathir pula yg akan disalahkan di masa akan datang ataupun Najib yg membuat org melayu hilang kepercayaan terhadap ketua2 melayu yg diamanahkan untuk kepentingan org2 melayu itu sendiri. Tak perlulah menuding jari lagi mempersalahkan org lain dalam kegagalan org2 melayu, tak kiralah dimana pun mereka berada. Masanya untuk memandang kedepan dan mengenalkan dunia dengan kejayaan orang melayu bukan dengan kebodohan tetapi dengan kebijaksanaan.

  2. Bastard says:

    Lagi satu, Lee Kuan Yew sukakan Othman Wok kerana beliau boleh minum arak bersama tanpa ragu2….

    • Inilah org melayu yg tak berpegang kepada Islam.Ketahuilah bahawa minum arak itu lagi mulia dari memfitnah dan mengaibkan org Islam itu sendiri. Lihatlah cermin dan pandangalah diri kamu sendiri. Tidak melayu hilang di dunia tetapi tenggelam dengan hasad dengkinya sendiri,mencaci dan menghina kaumnya sendiri sehingga bersholat pun harus berpecah antara pengikut Pas dan Umno. Negeri jer negeri Islam,perangai melayu kuno. Astafirlahhalazzim.

  3. Ombung says:

    Petikan rencana ” Antara penulisan beliau kononnya hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-Raja hanya retorik dan mainan politik Tunku bersama UMNO yang kononnya agenda Tunku adalah untuk merampas tanah orang-orang Melayu di Singapura. “….

    Bersama kita lihat tanggapan ini menjadi fakta akhirnya di Malaysia..

  4. x says:

    ni melayu KUNO dan HAPRAK

  5. x says:

    ape kurangnya dgn Dr M

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s