Wee Ka Siong- MCA Akan Terus Mengembeling Tenaga Memastikan Barisan Nasional Kekal 2/3 Di Johor.


Oleh rmf

Image result for Wee Ka siong johor

Dalam kesibukan kemelut politik di Pagoh dan beberapa tempat dijohor yang dikatakan sudah beralih arah kepada parti baru yang tertubuh, berbagai spekulasi kedengaran  untuk membayangkan betapa UMNO dan Barisan Nasional sedang menghadapi masalah yang kritikal.

Berbagai andaian palsu dikeluarkan untuk memperlihatkan betapa lemahnya Barisan Nasional kini. Seakan mahu tumbang menunggu masa sahaja. Semua itu adalah serangan psychology yang dilancarkan untuk mengubah pendirian rakyat .

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh  pembangkang apabila Pelantikan Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengakibatkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua-pertiga di Dewan Undangan Negeri Johor.

Namun begitu, MCA sebagai komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional tetap dengan pendirian mereka dan akan meneruskan segala usahan untuk mempertahankan sokongan sebelum ini..

Perkara ini dengan penuh semangat telah dinyatakan sendiri oleh Naib Pengerusi MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong yang mana menyuarakan sokongan padu kepada Barisan Nasional bahawa MCA akan terus berusaha gigih untuk membantu pada pilihanraya akan datang.

Menurut Wee “Saya telah mengarahkan bahagian MCA di negeri ini untuk meningkatkan usaha menghadapi PRU 14 nanti..

“Pihak pembangkang negeri menjaja cerita kononnya ada lagi 10 Adun akan lompat parti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru, ini hanya mudah untuk dikata tetapi hakikatnya belum tentu” jelas Datuk Wee lagi.

Ketika Pembangkang bersorak kegembiraan, MCA menegaskan pendirian menyokong sepenuhnya pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin.

MCA yakin dengan pentadbiran BN negeri Johor..ini kerana banyak agenda telah dan sedang dalam perancangan kerajaan negeri..

Dibawah Datuk Khaled Nordin, Johor mengalami peningkatan ekonomi yang baik dengan menjanjikan banyak pembangunan berimpak tinggi untuk muafakat bangsa Johor.

Dengan projek perumahan mampu milik menawarkan projek perumahan berharga yang amat berpatutan lebih rendah berbanding megeri tadbiran DAP Pulau Pinangj , jelas Datuk Wee..

Pendirian MCA ini sedikit sebanyak memberi kelegaan bahawa sokongan terhadap BN terus kekal terpelihara..nak harapkan situnggul kayu..”disuruh bina rumah, belum sempat siap sudah roboh”

Di bawah kepimpinan DS Khaled Nordin, tanah rezab Melayu telah meningkat sebanyak 13.8% daripada 2012 yang mana bersamaan 29% keluasan negeri.

Peningkatan kemajuan yang dicapai sekarang di Negeri Johor adalah lebih baik daripada zaman Muhyiddin menjadi Menteri Besar dulu yang mempunyai banyak birokrasi terpilih dan kini  bangsa Johor telah sedar bahawa    nasib bangsa Melayu terus terbela dibawah Barisan Nasional dan bukan  dibawah pembangkang yang hanya pandai berkata kata  dan sentiasa menggunakan diskriminasi kaum sebagai pelengkap agenda politik mereka.

 

Image | This entry was posted in Wee Ka Siong- MCA Akan Terus Mengembeling Tenaga Memastikan Barisan Nasional Kekal 2/3 Di Johor. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s