Liow Tiong Lai – Selain Penemuan Terbaru, Empat Lagi Serpihan Besar Mungkin Milik MH370


Oleh rmf

Image result for Serpihan MH370 di MeritiusTanggal 8 March 2014 merupakan satu tarikh yang cukup memilukan hati seluruh rakyat Malaysia dimana tragedi kehilangan pesawat kebanggaan Negara MH370  yang telah membawa seramai 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Kehilangan ini telah menimbulkan banyak persoalan  yang perlu dijawab oleh kerajaan , dan kadang kalanya  setiap perincian jawapan itu tidak pernah memuaskan hati keluarga mangsa.

Kekusutan ini ditambah pula dengan desakan serta hasutan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil faedah dari kesedihan orang lain.

Baru baru ini , telah ditemukan satu bahagian  serpihan pesawat yang dipercayai milik MH370 .  Serpihan yang telah dijumpai di Mauritius telah diterbangkan ke Australia untuk dikenalpasti kesahihannya. Serpihan pesawat yang dijumpai di Mauritius Mei lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370.

Menurut laporan, serpihan itu ditemui pasangan yang sedang bercuti di pulau Rodrigues (sebuah pulau gunung berapi di kepulauan Lautan Hindi, timur Mauritius).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut Liow, pemeriksaan terhadap serpihan komposit yang ditemukan di pulau yang terletak di Lautan Hindi itu disempurnakan pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menurutnya lagi, analisis ATSB telah mengesahkan bahagian itu dikenal pasti sebagai ‘trailing edge splice strap’ yang dipasang pada kelepak luar spar belakang pesawat Boeing 777, dengan nombor siri yang sepadan.

Beliau berkata, daripada nombor yang ditemui pada serpihan, bahagian itu dikenal pasti sebagai komponen belakang sebuah Boeing 777. Rekod daripada pengilang kepak pesawat juga menunjukkan nombor terbabit dimasukkan ke dalam nombor talian 404 dan ia sepadan dengan Boeing 777.

“Oleh itu, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut berasal daripada pesawat 9M-MRO, yang juga dikenali sebagai MH370,” kata Liow.

Liow dalam pada itu melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Mauritius dan Australia atas sokongan dan bantuan serta akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin baki empat daripada enam serpihan yang masih belum disahkan MH370 adalah berkemungkinan besar milik pesawat komersial itu.

“Daripada 22 serpihan yang ditemukan itu, enam sahaja yang telah dikenal pasti berkaitan dengan MH370. Daripada enam itu, dua sah daripada MH370, empat lagi besar kemungkinan daripada MH370 kerana ia tidak mempunyai nombor siri.

Beliau pada masa sama yakin kawasan pencarian MH370 adalah betul melalui serpihan-serpihan yang ditemukan di beberapa lokasi.

“Tempat yang kita cari itu memang kawasan yang betul kerana melalui serpihan-serpihan yang dijumpai di Tanzania, Afrika Selatan, Mozambique, Madagascar, semuanya menunjukkan bahawa bahan itu telah dihanyutkan dari kawasan yang kita cari,” katanya lagi.

Tiong Lai juga yakin sasaran kawasan pencarian sehingga 120,000 kilometer persegi akan berjaya dicapai sehingga Disember ini.

“Yang penting sekarang bukan sahaja kita mencari serpihan, kita nak mencari MH370. Buat masa ini, kita telah habis mencari lebih kurang 110,000 persegi. Jadi, ada lagi baki tengah dibuat. Harap kita temukan MH370 ini; kita harap selesai pencarian sehingga 120,000 km persegi sehingga Disember,” ujarnya.

Pada Sabtu, Liow berkata sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang.

 

Image | This entry was posted in Empat Lagi Serpihan Besar Mungkin Milik MH370 and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s