Syabas Malaysia- Mandat Negara Dunia Kepada Malaysia Menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa


Oleh rmf

Penghormatan serta pengiktirafan yang diperolehi Malaysia  dengan  perlantikan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebagai Presiden Perhimpunan Agung (ICAO) ke-39.

Sebanyak 172 negara anggota yang layak mengundi telah melakukan pengundian dan Memilih Malaysia  sebagai Majlis ICAO dengan sokongan sebanyak 129 sokongan.  Perlantikan Malaysia menyertai CIAO  untuk pengal ke empat  berturut-turut sejak 2007 lagi. Ianya merupakan satu pengiktirafan yang amat berharga  untuk Negara.

Malaysia sekali lagi mendapat kepercayaan dunia apabila mendapat sokongan untuk menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) ke-39 untuk penggal 2016-2019. Berita yang amat membanggakan ini telah disampaikan oleh  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan media Majlis ICAO yang sedang berlangsung di Montreal, Canada.

Dengan perlantikan ini, kita melihat kepercayaan serta penghormatan yang diberikan oleh Negara – negara dunia terhadap penglibatan Malaysia didalam Majlis ICAO. Malaysia dalam kepelbagaian usaha yang serius untuk memastikan standard keselamatan dan juga jaminan keselamatan penerbangan awam di ruang udara global agar inaya dapat dipertingkatkan.

Pada masa yang sama , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil kesempatan dengan menyuarakan pandangan serta aspirasi rakyat Malaysia  yang mana lebih memfokuskan kepada  keselamatan dan keupayaan masa depan penerbangan awam dunia dimasa kan datang.

Malaysia adalah diantara dua buah Negara Asean yang turut terlibat didalam Majlis ICOA selain Singapura. Ini merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia serta Negara dengan peyertaan semula Malaysia dalam Majlis ICOA ini.

Penyertaan Malaysia adalah menunjukkan betapa Negara ini memandang serius dalam aspek keselamatan dan keupayaan penerbangan awam diperingkat antarabangsa.  Untuk memacu visi “visi “No Country Left Behind” terlaksana dengan jayanya, Maka penyertaan Negara Negara besar seperti Amerika, Japan, Austalia untuk memacu terlaksana dan inisiatif “Next Generation Of Aviation Personnel”

 Penyertaan Negara besar ini sekali gus  untuk memenuhi  keperluan latihan komuniti penerbangan g;obal  melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Dengan cara ini matlamat untuk mendapat visi yang dirancang akan tercapai sepenuhnya.

Datuk Seri Liow dalam kenyataannya turut menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah kompromi di dalam usaha ke arah meningkatkan standard keselamatan dan jaminan keselamatan antarabangsa..

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan buat Malaysia atas usaha memastikan kedaulatan ruang udara global terus terpelihara.. ICAO yang ditubuhkan pada 1944 merupakan sebuah pertubuhan dibawah PBB yang mana memastikan sektor penerbangan awam lebih selamat, cekap, mampan dan berdaya maju..

 

Image | This entry was posted in Syabas Malaysia- Mandat Negara Dunia Kepada Malaysia Menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s