Persempadanan Semula- MCA Kemukakan Cadangan Kepada Barisan Nasional


Oleh rmf

Image result for Wee Ka Siong

Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa, cadangan yang diketengahkan oleh suruhanjaya itu dibuat bertujuan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yang ini dipercayai bagi memenangkan Barisan Nasiona/Umno dalam pilihan raya.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pun menggesa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut supaya membantah menggunakan saluran yang betul.

Untuk makluman  rakyat Malaysia bahawa  semua  kelulusan pelaksanaan itu hanya ditentukan oleh Dewan Rakyat, bukannya badan suruhanjaya sebagaimana  digembar gemburkan oleh pihak pembangkang.

Kuasa meluluskan syor-syor itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Rakyat, setiap ahli parlimen boleh membahaskannya semasa pembentangan di Dewan Rakyat, Ini lah saluran yang dimaksudkan oleh  Pengerusi SPR dan bukan memanipulasikan  semua isu secara rambang.

Dalam hal yang sama berkaitan dengan persempadanan semula kawasan, Malaysian Chinese Association (MCA) telah mengemukan beberapa cadangan mengenai persempadanan semula yang telah dikaji selidik oleh pihaknya untuk dinilai dan diberikan perhatian sewajarnya.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr.Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mengemukan cadangan yang telah dikaji kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

“Setiap cadangan telah dikaji dengan teliti dan mengambil kira beberapa aspek, namun saya tidak akan mendedahkan kepada umum kerana bimbang pihak pembangkang akan mengambil kesempatan.

“MCA dah bersedia dan akan kemukakan kepada Setiausaha Agung BN. Kita juga telah mengkaji setiap satu dan kita tidak akan buat andaian dan anggapan, tetapi kita akan ajukan secara spesifik dengan menggunakan saluran yang betul,” katanya kepada sidang media di wisma MCA semalam.

Dimaklumkan juga kajian yang dibuat itu berdasarkan beberapa faktor yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat dan tidak mengfocuskan kepada sokong dari satu bangsa sahaja.

“Itu adalah prinsip yang MCA pegang. Persempadanan tidak boleh bangsa Cina satu kawasan, Melayu satu kawasan dan India satu kawasan kerana negara demokrasi ini memerlukan masyarakat yang bercampur,” kata Wee Ka Siong.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional memberitahu akan diwujudkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai cadangan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan persempadanan semula.

DS Najib memberitahu jawatankuasa ini ia akan dipengerusikan oleh Tengku Adnan sendiri dalam masa yang terdekat.

 

Image | This entry was posted in Persempadanan Semula- MCA Kemukakan Cadangan Kepada Barisan Nasional and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s