102 Pemandu Teksi  Gagal Dalam Mengemukakan Saman Terhadap SPAD


Oleh rmf

Image result for Pemandu teksi saman SPAD

Berbagai cara yang dilakukan oleh persatuan pemandu teksi untuk menghalang kegiatan  pemandu UBER dan Grabcar yang mana dikatakan telah memusnahkan sumber pendapatan mereka juga dikatakan telah menutup periuk nasi mereka.

Tetapi tiada satu pun kaedah yang dicadangkan agar mereka terus mempunyai daya saing dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan. Saban hari mereka hanya memikirkan kenapa pengguna lebih suka memilih perkhidmatan Uber dan Grabcar dariperkhidmatan teksi yang mereka tawarkan.

Pada penghujung tahun 2015,  Seramai 102 orang pemandu teksi Lembah Klang memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengharamkan operasi perkhidmatan uber, grabcar dan backlane yang didakwa menjalankan operasi secara haram.

Saman itu difailkan menerusi Tetuan R Kengadharan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Dalam saman itu, mereka mendakwa SPAD gagal mengambil tindakan proaktif mengharamkan aktiviti dan operasi Uber, Grabcar serta Blacklane yang didakwa menjejaskan pendapatan serta mendiskriminasi mereka.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah migrasi permit syarikat kepada permit individu, manfaat Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso), menghapuskan budaya monopoli, menghapuskan penjajahan syarikat dan menurunkan harga NGV dan menurunkan kadar tol untuk pemandu teksi

Mereka antara lain menuntut perintah deklarasi supaya SPAD mengharamkan operasi Uber, Grabcar dan Blacklane, yang merupakan perkhidmatan teksi dalam talian kerana ia tidak tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Mereka memohon perintah injunksi agar SPAD tidak mengesahkan aktiviti dan operasi ketiga-tiga perkhidmatan teksi dalam talian itu, selain mengeluarkan satu garis panduan dan pekeliling tertakluk kepada persetujuan terma-terma bagi mengharamkan operasi dan aktiviti perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane.

Dalam pernyataan tuntutan, kesemua pemandu teksi itu mendakwa operasi dijalankan Uber, Grabcar dan Blacklane memberi kesan buruk terhadap industri perkhidmatan teksi tempatan kerana kadar tambang perkhidmatan teksi dalam talian itu jauh lebih rendah daripada tambang teksi bermeter.

Mereka mendakwa operasi untuk membanteras ‘kereta sapu’ haram dijalankan SPAD serta Jabatan Pengangkutan Jalan, dilihat tidak berkesan selagi aplikasi ‘penyedia tempahan’ oleh Uber, Grabcar dan Blacklane tidak disekat dan akan mengkucar-kacirkan industri perkhidmatan teksi tempatan.

Plaintif juga mendakwa SPAD gagal dan cuai mengambil tindakan proaktif untuk mengharamkan ketiga-tiga perkhidmatan dalam talian itu, sehingga segala hak dan kepentingan plaintif dipinggirkan oleh SPAD.

Sementara itu, Kengadharan ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan hari ini. Lebih 100 pemandu teksi hadir dalam prosiding hari ini.

Mahkamah Tinggi membatalkan saman oleh 102 pemandu teksi berhubung perkhidmatan Uber, Grabcar dan Blacklane terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana mereka menggunakan cara yang salah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap SPAD.

Hakim Datuk Su Geok Yiam berkata plaintif juga gagal mengemukakan kausa tindakan munasabah terhadap SPAD selaku defendan dalam saman itu.

Mahkamah membuat keputusan tersebut selepas membenarkan permohonan SPAD untuk membatalkan saman difailkan sekumpulan pemandu teksi itu atas dakwaan SPAD gagal mengambil tindakan proaktif dalam mengharamkan aktiviti dan operasi perkhidmatan teksi dalam talian.

“Plaintif seharusnya memulakan tindakan mereka melalui Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 iaitu dengan memfailkan semakan kehakiman bukan melalui writ saman dan pernyataan tuntutan.

“Tuntutan plaintif telah dengan jelasnya tidak boleh dikekalkan kerana Uber, Grabcar dan Blacklane tidak dinamakan sebagai defendan bersama-sama dengan SPAD dalam writ saman meskipun plaintif banyak membuat tohmahan terhadap mereka (Uber, Grabcar dan Blacklane),” katanya, yang turut memerintahkan kesemua plaintif membayar kos RM5,000 kepada defendan.

Mahkamah juga berkata plaintif gagal menunjukkan bahawa mereka mempunyai locus standi untuk mengekalkan tindakan saman itu terhadap SPAD.

Katanya mengikut pernyataan pembelaan SPAD, ia menyatakan telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk melakukan penangkapan dan mendakwa individu yang melanggar undang-undang, yang membenarkan kereta mereka digunakan untuk diberikan perkhidmatan kepada orang ramai secara tidak sah.

“Kegagalan plaintif membuktikan butir-butir kecuaian defendan (SPAD) telah memalukannya, memprejudis, mencemar dan menjejaskan reputasi SPAD,” katanya, yang membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan oleh peguam R. Kengadharan, mewakili kesemua pemandu teksi dan peguam Ben Syazmin, mewakili SPAD.

Image | This entry was posted in 102 Pemandu Teksi  Gagal Dalam Mengemukakan Saman Terhadap SPAD and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s