Liow Tiong Lai – MAVCOM buat kajian semula Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang


Oleh rmf

Caj Perkhidmatan Penumpang belum ditetapkan, MAVCOM sedang buat kajian semula - Liow

Caj perkhidmatan penumpang (PSC) atau lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang akan dinaikkan di semua lapangan terbang di negara ini bermula pada 1 Januari tahun depan.

Kadar kenaikan itu adalah seiring dengan pengumuman dibuat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bahawa syarikat penerbangan yang beroperasi di luar Malaysia dijangka membayar sehingga 10 kali ganda bagi bayaran yang dikenakan.

Satu semakan semula akan dibuat  berkaitan  cadangan kenaikan tersebut dengan meneliti kadar  yang dikenakan . Cadangan semakan kenaikan tersebut adalah bertujuan memberi situasi sama menang kepada industri penerbangan kerana kadar itu akan membolehkan keperluan infrastruktur dibangunkan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kenaikan cukai tersebut bagaimanapun masih menjadikan caj yang dikenakan di lapangan terbang negara ini kekal rendah berbanding lapangan terbang di negara lain di rantau ini.

Beliau berkata, pelaksanaan cukai baharu tersebut akan menyaksikan lapangan terbang negara ini mengenakan caj pada tahap sederhana. “Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memberikan cadangan berhubung kenaikan cukai terbabit kepada Kabinet dan perkara itu masih berada di peringkat perbincangan.

“Jumlah dan maklumat kenaikan cukai tersebut akan diumumkan oleh Mavcom nanti,” katanya selepas merasmikan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Sungai Long, Kajang dekat sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung kadar PSC akan dilaksanakan di semua lapangan terbang di negara ini tidak lama lagi. Selain kategori antarabangsa dan domestik, struktur PSC juga akan melibatkan kadar bagi penerbangan dalam negaranegara ASEAN.

Tiong Lai berkata, kerajaan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi dalam mengenakan cukai-cukai antara syarikat penerbangan premium dan penerbangan tambang murah malah polisi negara adalah sentiasa untuk membantu penerbangan tambang murah.

“Justeru, kita menyediakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk syarikat penerbangan premium manakala syarikat penerbangan tambang murah pula menggunakan KLIA2,” katanya.

Dalam pada itu, Mavcom memberitahu, pihaknya telah memberikan penerangan berhubung struktur baharu PSC kepada Kabinet semalam.

 “Mavcom akan berbincang berhubung langkah-langkah yang akan diambil seterusnya secara dalaman dan pengumuman rasmi akan dibuat pada masa yang akan ditetapkan,” jelas suruhanjaya itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Image | This entry was posted in  Liow Tiong Lai - MAVCOM buat kajian semula Kadar Caj Perkhidmatan Penumpang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s