Tiong Lai, Jeff Oii Mesti Memohon Maaf Kepada Keluarga Allahyarham Haron Din


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai

“Perpaduan” yang menjadi amalan parti DAP ialah mengwujudkan satu kumpulan yang  bersama sama mengamalkan sikap perkauman didalam Negara ini.

Mereka sekutu Pakatan akan bersama sama berganding bahu akan memperlekehkan satu satu isu  yang berkaitan bangsa, agama kaum yang lain.

Bukan setakat penghinaan terhadap bangsa, malah dalam agama juga dipertikaikan oleh golongan kiasu ini demi meastikan proses kebencian terus wujud dan subur didalam hati sebahagian  rakyat Malaysia yang mana sebelum ini menolak  sikap perkauman.

Jika berlaku mana mana pemimpin yang telah mengeluarkan kenyataan penghinaan, DAP pada awalanya akan mendiamkan diri, tetapi bersuara  setelah reaksi pelbagai pihak mula mengecam tindakan pemimpin mereka.

Alasan alasan yang diberikan sebagaimana biasa kit abaca dimedia social oleh pemimpin tertinggi mereka ialah bukan kenyataan dari parti dan akan dituding sebagai kenyataan  peribadi. Namun kerosakan minda telah berlaku walau apa juga alasan diberikan.

Jeff Oii, seorang pemimpin DAP yang telah melakukan penghinaan terhadap pemergian Tuan Guru Haron Din telah dikecam  hebat dimedia social. Tidakan membuat posting sedemikian tidak melambangkan pemeliharaan konsep keharmonian kehidupan kepelbagaian kaum.

Kosombongan pemimpin DAP dan terus melakukan sikap perkauman  amat ketara sekali. Pemimpin dari DAP tidak pernah sensitive dengan  hati masyarakat lain. Dasar komunis diterapkan dalam perjuangan mereka. Dasar yang menolak kepentingan kaum lain dan akan memastikan setiap kaum mengikut telunjuk mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak Jeff Ooi membuat permohonan maaf kepada keluarga Allahyarham atas tindakan tidak sensitif wakil rakyat DAP itu.Tindakan permohonan maaf ini adalah satu langkah terbaik  untuk mengurangkan rasa tidak senang hati dari pihak yang terlibat..

Liow menjelaskan “kita rasa kesal mengenai perkara ini kerana pihak mereka tidak sensitif kerana ini satu kehipangan tokoh negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik, tetapi kita tidak perlulah menjadikan ia bahan untuk mempolitikkan lagi”

Liow Tiong Lai, beliau berkata pemergian TG Haron Din merupakan satu kehilangan yang amat besar pada Negara. Jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Allahyarhan didalam politik, masyarakat  dan rakyat Malaysia amat besar sekali.

Dalam pada masa yang sama juga,  Tiong Lai terus memberikan pesanan agar  memelihara perpaduan yang telah menjadi amalan rakyat dalam Negara ini. Sikap mengamalkan budaya menghormati, toleransi adakah teras kepada perpaduan.

“Saya rasa pemahaman atau semangat perpaduan yang kental antara kita penting kerana kita perlu sensitif kepada pandangan atau budaya kaum masing-masing. Kita tahu bahawa budaya Islam, budaya Melayu, memang apabila mereka meninggal, mereka perlu dikebumi secepat mungkin, tidak seperti kaum Cina yang boleh ambil masa lama.”

Liow menegaskan bahawa semua masyarakat perlu sensitif terhadap pandangan sesuatu kaum

Walaupun ‘adios’ membawa maksud itu, bunyinya lazim disebut dalam pertuturan dialog yang agak kasar. Maka dalam konteks memberi ucapan kepada orang yang sudah meninggal dunia, ia tentu agak mengguriskan hati.

Maka tidak hairanlah PAS berasa marah apabila Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi tulis di Twitter mengenai kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din pada Jumaat: ‘Adios Harun Din. Let there be peace’.

Dari segi pemahaman orang politik ia dilihat ada maksud lain! Sebelum itu akaun laman sosial Twitter milik Jeff itu telah mendapat teguran daripada ramai penyokongnya sendiri. Beliau kemudian memadamkan post berkenaan.

Kerana Dendam Politik, DAP Biadap Hina Arwah Haron Din

Image | This entry was posted in Jeff Oii Mesti Memohon Maaf Kepada Keluarga Allahyarham Haron Din and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s