SPAD Melantik Juruaudit Bebas Bagi Mengatasi Masalah Gangguan Perkhidmatan LRT


Oleh rmf

Image result for Operasi LRT terganggu

Pada 7 September, gangguan pada sistem komunikasi menyebabkan penangguhan tren LRT antara Ampang Park dan Dang Wangi pada waktu puncak di sebelah pagi. Perkhidmatan hanya disambung semula pada pukul 1.15 tengah hari.

Pada 9 September pula, tren berhenti tiba-tiba di antara stesen Datuk Keramat dan Damai pada 9.10 pagi, menyebabkan penumpang terperangkan 20 minit sebelum pintu dibuka dari luar dan penumpang diminta untuk turut dan berjalan di atas landasan.

Berhubung kait dengan  dua insiden dalam tempoh terdekat berlaku pada minggu lalu yang melibatkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), ia turut menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi perbincangan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz dan Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD), beliau telah dimaklumkan bahawa siasatan awal Prasarana mendapati bekalan elektrik terputus mengakibatkan gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada 7 dan 9 September lepas.

Beberapa langkah segera diambil untuk mengatasi gangguan perkhidmatan tersebut termasuk menaik taraf serta merta 15 pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan berkenaan.

Penaiktarafan pencawang elektrik itu akan memastikan jangka hayat sistem elektrik dapat dipanjangkan bagi menampung keperluan semasa yang kian meningkat serta mengambil kira keperluan pada masa hadapan. Langkah ini dijangka mengambil masa di antara tiga hingga enam bulan untuk diselesaikan sepenuhnya

Pada masa yang sama, SPAD dalam satu kenytaan medianya telah menegaskan akan melantik juruaudit teknikal bebas pada kadar segera untuk melaksanakan penilian tehdap aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT Kelana Jaya. Difahamkan bahawa tempoh audit ini akan memakan masa selama tiga bulan.

SPAD turut mengesa Prasarana mengemukakan pelan risiko bagi mamastikan tahap kesediaan operasi LRT untuk mengurus pelan risiko dan mengatasi permasalahan teknikal.Melalui kaedah yang akan digunapakai ini diharapkan akan dapat mengesan masalah diperingkat awal dan langkah pencegahan dapat dilaksanakan

Prasarana turut diarahkan supaya menjalankan penilaian semula keseluruhan operasi mereka bagi memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) sedia ada untuk memastikan kapasiti mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat

Gangguan perkhidmatan LRT Kelana Jaya sebanyak dua kali pada minggu lepas sebagai perkara yang amat serius. Prasarana dan SPAD diarahkan supaya  menyiarkan butiran dan hasil siasatan insiden itu sebaik sahaja siasatan selesai.

Dalam pada itu, Prasarana juga diarahkan untuk memberi lebih penekanan terhadap pengesanan masalah secara proaktif dan melakukan langkah pencegahan bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa mencukupi bagi meyakinkan kebolehpercayaan pengguna terhadap perkhidmatan LRT.

Melalui insiden kegagalan operasi LRT yang berlaku pada baru baru ini, Prasarana disarankan agar melakukan kajian semula pelan permindahan penumpang dengan lebih efektif dan  mengikut SOP yang telah ditetapkan. Pelan kecemasan ini perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselamatan penumpang apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Tindakan segera yang telah diambil oleh SPAD dalam menangani insiden ini amat disambut baik dan ianya adalah bertujuan untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan terhadap operasi jaringan  pengangkutan rel yang kian menjadi pilihan rakyat Malaysia.

 

Image | This entry was posted in SPAD Melantik Juruaudit Bebas Bagi Mengatasi Masalah Gangguan Perkhidmatan LRT and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s