Perutusan Hari Malaysia Presiden MCA- Memacu Pencapaian Baru Sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu


Oleh rmf

Image result for Tiong lai

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia, kerana kita adalah 1 Malaysia.

Sempena hari Malaysia ini Presiden MCA Dato’ Seri Liow Tiong Lai mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada keseluruhan rakyat dalam Negara.

KENYATAAN MEDIA

Liow: Memacu Pencapaian Baru sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Sambil kita menyambut pengasasan tanah air tercinta, ia adalah penting untuk kita menghargai usaha gigih para pemimpin dan bapa pengasas negara kita. Visi, wawasan dan kepimpinan mereka yang menyerlah telah menyumbang kepada kemajuan negara dan Malaysia kini diiktiraf sebagai peneraju utama di rantau ASEAN malah juga di peringkat antarabangsa.

Bapa-bapa pengasas kita telah memastikan bahawa negara Malaysia dibangunkan diatas nilai-nilai saling menghormati dan toleransi. Ini seterusnya telah membuka laluan bagi kejayaan berterusan negara. Kini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus menerajui kemajuan dan perkembangan negara dan seterusnya memacu negara kita ke tahap yang lebih tinggi.

Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Atlet-atlet Paralimpik kita di Rio benar-benar telah menghidupkan pepatah ini apabila mereka menjadi kebanggaan negara dan berjaya memecah rekod baru dengan memenangi tiga pingat Emas. Kecekalan, keberanian dan keazaman wira-wira negara kita menjadi contoh yang patut kita ikuti demi mencapai kemenangan-kemenangan baru bagi Malaysia dalam bidang lain, sama ada dalam pendidikan, perdagangan ataupun pengangkutan.

Tidak dapat dinafikan bahawa sentiasa terdapat individu-individu yang ingin menyemai benih kebencian serta bersuara dengan tujuan memecahbelahkan rakyat. Oleh itu, saya menggesa rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menentang unsur-unsur yang boleh melemahkan perpaduan antara masyarakat kita. Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita memperkukuhkan perpaduan dengan semangat Sehati Sejiwa. Kita perlu mengatasi unsur-unsur negatif sebegini demi membentuk masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak muda kita serta generasi-generasi akan datang.

Sekali lagi, Selamat Hari Malaysia saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kepada mereka yang akan bercuti pada hujung minggu ini, semoga selamat dalam perjalanan dan berhati-hati di jalan raya.

[TAMAT]

Image | This entry was posted in Perutusan Hari Malaysia Presiden MCA- Memacu Pencapaian Baru Sebagai Rakyat Yang Bersatu Padu and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s