MRT – Kelangsungan Transfomasi Pengangkutan Awam Masa Hadapan


Oleh rmf

Image result for mrt ssp Najib

PROJEK MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan rel bandar dengan tiga laluan. Laluan-laluan MRT bersama sistem rel bandar yang sedia ada, akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembang Klang.

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. ETP dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

Laluan MRT pertama yang dilaksanakan adalah MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dengan jarak 51km. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011.

Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2km di mana 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 37 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah, akan dibina.  Sebanyak  11 stesen adalah stesen bawah tanah sejauh 14.5km.

Laluan MRT SSP kedua  adalah laluan MRT kedua yang akan dibangunkan. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada penduduk di koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari dari Sungai Buloh ke Putrajaya melalui Kepong, Batu, Jalan Ipoh, Titiwangsa, KLCC, Tun Razak Exhange, Bandar Malaysia, Sungai Besi, Serdang, UPM dan Cyberjaya.

Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Projek bernilai RM32 bilion akan dibina  berhampiran Stesen Putrajaya Sentral . Laluan SSP dijangka akan mencatat 529,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

Laluan SSP juga akan dilengkapi dengan 9,200 kemudahan parkir di 15 stesen. Sebaik beroperasi ia dijangka boleh membawa sejumlah 529 ribu penumpang setiap hari.

Fasa pertama Laluan SSP antara stesen Sungai Buloh dan Kampung Batu akan mula beroperasi pada Julai 2021, sementara keseluruhan laluan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022.

Laluan SSP juga akan mempunyai 13 stesen bersepadu dengan Transit Aliran Ringan (LRT), KL Monorel dan Express Rail Link. Selain itu akan diwujudkan stesen pertukaran di Bandar Malaysia Selatan untuk Rel Keretapi Laju (HSR) pada masa hadapan.

Menurut Perdana Menteri Dato’Seri Najib Razak, dasar pentadbiran lampau kerana kurang memberi tumpuan kepada pengangkutan awam sehingga menyebakan kesesakan jalan raya yang terpaksa dihadapi rakyat pada masa ini.

“Pada dekad-dekad lalu, kita tidak fokus kepada pembangunan pengangkutan awam.

“Kini kita berhadapan dengan kesannya dengan masalah trafik bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi di bandar lain,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan terus mengambil langkah memulihkan masalah pengangkutan awam dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur kota raya bertaraf dunia lain.

“Pada mulanya kita tidak cukup fokus pada pembangunan pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan kita menanggung akibatnya pada hari ini, dengan kesesakan lalu lintas bukan sahaja di Lembah Klang, tetapi juga di kebanyakan bandar dan lebuhraya yang berada luar dari kawasan ini.

“Kebolehpercayaan dan kepuasan pengguna mesti diutamakan dalam soal pengangkutan awam. Kita tidak boleh ketinggalan.

“Yakinlah, sebagai Perdana Menteri saya akan terus memberikan perhatian penuh untuk membangunkan satu sistem pengangkutan awam yang moden, cekap, boleh dipercayai dan selamat untuk rakyat.  Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara yang juga pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beberapa menteri kabinet

Image | This entry was posted in MRT – Kelangsungan Transfomasi Pengangkutan Awam Masa Hadapan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s