BN Melalui MCA Tunai Janji Yang Dibuat Pada Pilihanraya Sungai Besar


Oleh rmf

Rakyat diingatkan agar tidak terperdaya dengan dakyah dan janji kosong pembangkang yang hanya mahu menanam kebencian terhadap kerajaan.

Perkara itu diingatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberitahu bahawa pembangkang hanya mampu membuat janji manis dan belum tentu ia ditepati.

Rakyat dinasihatkan agar jangan terperdaya dengan kata-kata manis atau hasutan daripada pembangkang, mereka menabur kebencian dan mengamal politik kebencian (agar rakyat) benci kepada kerajaan, benci kepada pemimpin.

Bahkan kejayaan Barisan Nasional Sarawak pada 7 Mei lalu dan di Sungai Besar  serta Kuala Kangsar adalah lantunan sokongan dan mandat yang kuat daripada majoriti pengundi kawasan luar bandar, yang secara jelas mengiktiraf sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam membawa lebih banyak pembangunan yang terancang ke kawasan luar bandar.

Pihak pembangkang masih lagi berada di tampuk pemikiran kuno dan kolot, dengan asyik melihat Kerajaan Barisan Nasional Sarawak sebagai musuh yang mesti dihapuskan – dan bukannya sebagai ‘rakan pembangunan’.  Yang membawa kesejahteraan kepada rakyat dengan menunaikan janji janji yang telah diucapkan.

Bahkan pihak pembangkang kelihatan bermuka-muka apabila mereka mendakwa berdiri teguh bersama-sama Kerajaan Barisan Nasional dalam memperjuangkan hak-hak rakyat. Sikap bermuka muka ini adalah sikap untuk mempengaruhi pengundi dengan kepelbagaian cara.

MCA, sebagai anggota komponen BN telah membuat beberapa janji kebaikan kepada masyarakat setempat , dan antara yang dijanjikan oleh MCA dalam kempen nya adalah membantu untuk memulihkan dan menaikan taraf SMJK Yoke Kuan.

Kini, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab terhadap apa yang dijanjikan, MCA telah datang ke kawasan ini dengan diwakili oleh Presiden nya sendiri ia itu Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presiden MCA sendiri telah datang kembali ke Sekincan semenjak PRK Sg Besar berlangsung pada bulan Jun dengan membawa sumbangan sejumlah RM3.2 juta untuk membantu masyarakat disitu.

Dari jumlah RM3.2 juta , RM2 juta adalah untuk peruntukan sekolah itu dan selebihnya untuk untuk membantu masyarakat di situ.

 “Salah satu blok bangunan sekolah ini sudah berusia lebih 60 tahun dan keadaan ini tidak selamat kepada pelajar dan guru” kata Liow.

 “Saya menyeru pihak berwajib sekolah ini untuk membina bangunan baru dan mencari dana lebih untuk hasrat ini” kata Liow.

 “Jika ada kekurangan pada dana pembinaan ini, kerajaan akan cuba membantu nya kemudian nanti” kata Liow.

Dijangka kan keseluruhan kos pembinaan sekolah usang in memerlukan hampir RM6 juta , menurut kata Pengerusi lembaga sekolah Encik Lau Tong Aik .

Kos RM6 juta adalah untuk bangunan 2 tingkat untuk menampung 11 bilik darjah.

Selain itu menurut En Lau, sekolah itu sendiri telah berjaya mengumpul sejumlah 1 juta.

Menurut Liow peruntukan RM2 juta dari kerajaan pusat adalah janji kerajaan ketika berlansung nya pilihanraya di SG Besar, dan kini janji itu ditepati.

Ketika pilihan raya itu berlangsung, MCA yang diwakili oleh Liow sendiri bersama sama Ketua Pemuda nya Chong Sin Woon telah berusaha bersungguh sungguh untuk menambat hati penggundi, kata Liow.

Pada p/raya ini calon BN Mohd Zohdi menang setelah menewaskan calon dari parti PAS Dr Abd Rani Osman dan calon PAN Azhar Abdul Shukur.

Sejumlah 30% atau pun lebih kurang 13,142 peggundi adalah masyarakat Cina.

Daripada jumlah ini dianggar 42% dari mereka  telah memilih Barisan Nasional.

Datuk Seri Liow juga turut memberi sumbangan dari kerajaan sejumlah RM1.2 juta kepada pelbagai Persatuan Orang Cina di kawasan itu.

Apa yang penting adalah kerajaan BN tidak kira dari komponen parti yang mana pun akan menunaikan “pledge” nya apabila telah membuat janji, dan ini adalah contoh nya.

Pemenang datang kembali ke kawasan seperti wakil BN , ia itu MCA untuk menunjukkan BN sentiasa tepati janji nya.

 

Image | This entry was posted in BN Melalui MCA Tunai Janji Yang Dibuat Pada Pilihanraya Sungai Besar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s