Rapid KL-Prasarana Mohon Maaf  Atas Kejadian Gangguan Perkhidmatan LRT


Oleh rmf

prasarana

Kejadian gangguan perjalanan tren yang berlaku di LRT Kelana Jaya dan Putra Height telah menimbulkan banyak reaksi yang kurang enak didengari daripada pihak penumpang. Rata rata pihak penumpang  berasa kesal berkaitan dengan kejadian yang berlaku untuk kali keduanya.

Dalam kepelbagaian usaha kerajaan untuk memestikan perkhidmatan tren dalam Negara ini berada ditahap yang membanggakan, masih juga terdapatnya kecuaian teknikal yang berlaku. Seharusnya sebagai penyokong transformasi kerajaan dalam bidang pengangkutan seharusnya syrikat yang telibat mengambil iktibar dan melakukan pemeriksaan berjadual ketas setiap permasalahan yang berlaku.

Kejadaian rel gagal berfungsi telah berlaku untuk kali pertamanya apabila berlakunya kejadian hujan lebat dan telah meyebabkan kegagalan bekalan letrik  berfungsi dengan sebaiknya.  2 kejadian gangguan terbaru telah berlaku di dalam tempoh 3 hari telah menyebabkan rasa tidak puas hati penumpang memuncak dan ramai di antara mereka yang terjejas disebabkan mengganggu waktu mereka untuk sampai ke tempat kerja.

Kejadian pertama telah berlaku pada 6 September apabila terdapat gangguan kuasa elektrik di landasan LRT Kelaja Jaya yang mengakibatkan beribu-ribu penumpang terkandas kerana sistem komunikasi mereka juga turut terganggu.

Kemudian semalam berlaku sekali lagi apabila dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa.

Prasarana sebuah syarikat pengendali tren Rapd KL-LRT dalam satu siding media telah membuat kernyataan permohonan maaf kepada insiden kegagalan bekalan letrik disalurkan  kepada pengguna tren yang terkandas.

Dalam kenyataan permohonan maaf tersebut, pihak Prasara tela membuat satu tawaran tambang percuma selama 3 hari kepada semua penumpang yang terlibat dalam insiden yang diluar jangkaan. Walau pun ada sebebahagian daripada penumpang menyambut baik  permohonan maaf dan penjelasan yang diberikan , namun terdapat sebahagian  masih lagi menyatakan perasaan tidak puas hati dengan kejadian yang berlaku.

Perkhidmatan tren mula mendapat sambutan  setelah beberapa penambahbaiakn dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang mana sebelum ini ianya bukan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Perkhidmatan tren yang bersih dan teratur kini menjadi pilihan untama rakyat untuk pulang ke destinasi pilihan.

Setiap kejadian yang berlaku , pihak kerajaan dan SPAD akan menerima impak yang besar dan akan dipersalahkan , namun seharusnya syarikat pengendali iaitu Prasara semestinya mengambil satu langkah yang pro-aktif dalam  memastikan setiap kejadian yang berlaku tidak akan berulang berlaku.

Tindakan penyeliaan yang berjadual dan memastikan setiap bahan atau komponen yang digunakan adalah yang terbaik demi memastikan tiada lagi kejadian kesilapan teknikal berlaku dimasa akan datang. Rakyat dalam usaha memberikan sokongan kepada setiap perkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan sudah pastinya menginginkan satu bentuk perkhidmatan yang terbaik.

Berkemungkinan tiba masanya pihak kerajaan mengambil tindakan tegas seperti mengenakan denda yang tinggi setiap kali gangguan perjalanan penumpang terjadi. Apa kata jika mereka dikenakan denda sepertimana yang dikuatkuasakan pihak BSKL terhadap syarikat-syarikat yang tersenarai kerana gagal mengemukakan salinan laporan tahunan dan denda yang dikenakan berdasarkan pada beberapa ribu untuk setiap hari.

Permohonan maaf mampu diterima tetapi kesilapan berterusan dengan alasan yang sama setiap kali berlaku gangguan perlu diatasi segera dan tidak berulang sehingga menjejaskan niat murni kerajaan membantu rakyatnya.

 

Image | This entry was posted in Rapid KL-Prasarana Mohon Maaf  Atas Kejadian Gangguan  Perkhidmatan LRT and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s